[close]

Memaparkan catatan dengan label SKJAWI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SKJAWI. Papar semua catatan

Isnin, 25 Februari 2019

LDP KBAT @ SK SERI WAKAF BHARU, KELANTAN












SK Jawi SBT telah melaksanakan LDP KBAT di SK Seri Wakaf Bharu, Kelantan pada 25 Februari 2019.

Kumpulan lawatan sekolah telah tiba di sekolah tersebut dan disambut mesra oleh pentadbir sekolah yang terdiri daripada tuan guru besar iaitu En.Mazlan bin Mohd Nor dan penolong-penolong kanan yang lain.

Banyak informasi berkaitan KBAT dapat dikongsikan antara dua sekolah ini. SK Seri Wakaf Bharu adalah sekolah bench mark KBAT terbaik di negeri Kelantan dan pernah dikunjungi lebih 400 institusi pendidikan untuk rujukan berkaitan KBAT ini.

Sabtu, 23 Februari 2019

KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA SKJAWI SBT 2019

















Kejohanan Sukan Olahraga SKJawi SBT tahun 2019 baru sahaja berlangsung di padang SKJawi pada 23 Februari 2019. Kejohanan yang sepatutnya dirasmikan oleh ADUN Jawi YB. H'ng Mooi Lye telah disempurnakan oleh Ms Heng Shin Yuen pengganti beliau.

Kejohanan dimulakan dengan perbarisan lintas hormat oleh kontijen-kontijen rumah sukan. Seperti tahun-tahun lepas, perbarisan tahun 2019 pula bertemakan flora. Warna -warni perbarisan lintas hormat telah menghiasi kejohanan pada kali ini.

Mohd Hasqi Zulqarnain (KUNING) dan Wan Raja Irdina (MERAH) telah dinobatkan sebagai olahragawan dan olahragawati kejohanan. Manakala Muhd Azmi (BIRU) dan Hurin Auni Safiyah (HIJAU) dipilih pula sebagai olahragawan dan olahragawati harapan.

Untuk keputusan penuh rumah BIRU telah menjadi JOHAN keseluruhan kejohanan.

Rabu, 30 Januari 2019

BAPA ANGKAT SKJAWI SBT




Tahniah diucapkan kepada En. Farid Suwardi b. Mat Yusoff di atas penerimaan watikah pelantikan sebagai Bapa Angkat Sekolah Kebangsaan Jawi SBT pada tahun 2019. Objektif utama sekolah membuat pemilihan Bapa Angkat ini adalah untuk mewujudkan hubungan baik dan menjalinkan kerjasama dengan komuniti luar, bagi mewujudkan persekitaran kondusif dalam aspek keselamatan, kebajikan, kebersihan dan keceriaan sekolah.

Semoga pelantikan ini mewujudkan kerjasama yang baik antara sekolah dengan komuniti luar serta dapat membantu melestarikan lagi kegemilangan SK Jawi di persada kecemerlangan.

Isnin, 28 Januari 2019

PROGRAM ZIARAH CAKNA NEGERI P.PINANG



SK Jawi mendapat kunjungan mesra oleh Pengarah JPNPP, Yang Berusaha Dr Mahanom bt Mat Sam bersama Pasukan Penggerak PIBKS Negeri sempena pelancaran Program Ziarah Cakna peringkat Negeri Pulau Pinang yang diadakan di Pejabat Pendidikan SPS.






Pada lawatan tersebut, Dr Mahanom turut mengunjungi dan menyampaikan sumbangan meja dan kerusi belajar daripada PIBG dan SK Jawi kepada seorang pelajar cemerlang SK Jawi yang datang dari keluarga kurang berkemampuan.






Pengarah yang diiringi Guru Besar dan YDP PIBG SK Jawi turut membuat tinjauan mesra ke sekitar kawasan sekolah dan kelas-kelas. Hasil lawatan tersebut Dr Mahanom memberikan pujian ke atas SK Jawi dan PIBK SK Jawi atas kecemerlangan sekolah dan keprihatinan waris bagi memastikan matlamat kemenjadian anak-anak SK Jawi tercapai.

Jumaat, 25 Januari 2019

PROGRAM CAKNA WARIS 2019











Program Cakna Waris Tahun 6 ini merupakan program tahunan yang diadakan bertujuan membincang dan menerangkan program-program yang akan dijalankan oleh pihak sekolah sebagai persediaan murid Tahun 6 menghadapi peperiksaan UPSR. Program ini telah dijalankan pada 25 Januari 2019 bertempat di dewan Ar-Razi seawal pukul 8.00 pagi. Perjumpaan bersama Ibu Bapa / Penjaga Tahun 6 yang berlangsung hampir 4 jam tersebut telah diisi dengan pelbagai agenda.

Taklimat umum telah disampaikan oleh En. Rosli bin Ahmad Guru Besar SK Jawi disusuli dengan slot khas bersama guru tahun 6 2019 yang membicarakan mengenai tanggungjawab dan peranan ibu bapa dalam membantu anak-anak menghadapi peperiksaan. Program diakhiri dengan bacaan ikrar oleh calon-calon UPSR 2019 yang diketuai oleh adik Muhammad Adam Harith. Semoga usaha murni melaksanakan program ini dapat memberi impak yang positif ke arah kecemerlangan anak-anak SK Jawi.

:: ULANGTAHUN KELAHIRAN GURU & STAF SOKONGAN


:: CATATAN POPULAR





ORANG SEDANG MELAYARI BLOG INI

Penafian: Sekolah Kebangsaan Jawi adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.
Dikuasakan oleh Blogger.

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates