[close]

Khamis, 21 Mac 2019

MAJLIS PERSARAAN PN. HJH RODZIAH BT. IBRAHIM





Majlis persaraan Pn. Hjh. Rodziah bt. Ibrahim telah disambut meriah pada 19 Mac yang lalu.

Beliau telah berkhidmat selama lebih 30 tahun sebagai pendidik dan memilih opsyen untuk bersara awal pada umur 52 tahun supaya dapat meluangkan masa bersama menjaga ibu bapa tercinta. Beliau selepas ini akan menetap di kampung halaman di Kluang, Johor.

Semasa perkhidmatan beliau di SK Jawi, guru Bahasa Melayu ini banyak menempa kejayaan dan menaikkan nama sekolah sehingga ke peringkat kebangsaan melalui pencapaian murid dalam pertandingan bercerita, syarahan dan pidato. Setiap tahun boleh dikatakan sentuhan magis beliau telah melahirkan murid dalam pengucapan awam yang berjaya sehingga ke tahap paling tinggi iaitu peringkat kebangsaan.

SK Jawi sangat berasa kehilangan sebuah permata guru selepas ini. Semoga Pn. Hjh Rodziah sentiasa berbahagia sepanjang persaraan dan jangan lupa SK Jawi di sini. SELAMAT BERSARA PN. HJH RODZIAH!

Sabtu, 16 Mac 2019

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-24






















Mesyuarat Agung PIBG kali ke-24 telah berlangsung dengan lancar dan jayanya pada 16 Mac 2019 lalu. Mesyuarat telah dirasmikan oleh YB. Dato' Hj. Abdul Halim bin Hussain, Exco Perdagangan Antarabangsa dan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna & Pembangunan Keusahawanan, Pulau Pinang.

Pada pemilihan ahli jawatankuasa kali ini, mesyuarat telah sebulat suara memilih En. Mohd Roshanaffi bin Mohd Amin sebagai Yang Dipertua PIBG manakala NYDP En. Zamani bin Mohd Shadzaly telah dipilih melalui undi tertinggi (2 orang calon telah dikemukakan). Manakala senarai barisan ahli jawatankuasa juga telah dipilih secara sebulat suara.

Atas keputusan undian dalam Mesyuarat Agung kali ini berikut adalah senarai penuh AJK PIBG dan PIBK:

*YDP* : En Mohd Roshanaffi
*NYDP* : En Zamani
*Setiausaha* : Pn Noor Lubna
*Pen. Setiausaha* : En Sabarudin
*Bendahari* : En Zainuddin
*Pen. Bendahari*: Pn Sayyidah Raihan

*AJK PIBG Waris*
1. En Mohd Khaiyurus
2. En Mohammad Hazmin
3. En Mohd Shahril
4. En Rohaizar
5. En Fairus
6. En Faridil
7. Pn Hjh Siti Hawa
8. Pn Salawati
9. Pn Roslina
10. Pn Murni

*AJK PIBG Guru*
1. En Mohd Roshaydi
2. En Samsor
3. En Nor Hishamudin
4. Pn Nor Azwana
5. Pn Zahratul Akmal
6. Pn Rubavathi

*AJK PIBK*
1. En Abd Wahab
2. En Adi Fauzi
3. Pn Shariza
4. Pn Noor Sharinawate
5. Pn Nor Azian
6. Pn Faridah

Semoga barisan jawatankuasa yang mantap ini dapat bergabung idea dan tenaga bagi menyokong kecemerlangan anak-anak SK Jawi.

Khamis, 14 Mac 2019

KEJOHANAN OLAHRAGA MSSPP ZON NIBONG TEBAL 2019










Kejohanan Olahraga MSSPP Zon Nibong Tebal 2019 telah berlangsung di SMK Mutiara Impian dari 12-14 Mac 2019.

Sekalung tahniah kepada kontinjen sekolah yang telah meraih tempat ketiga keseluruhan pungutan pingat dan mata dalam kejohanan. SK.Jawi berjaya memungut 2 emas, 2 perak dan 1 gangsa

Tahniah diucapkan kepada adik Muhd Izwan Syabil dan Meor Ahmad Ikram kerana masing-masing mendapat pingat emas dalam acara lompat jauh dan lompat tinggi kelas L3. Pingat lain disumbangkan melalui acara 4x100m L3 dan 80m lari berpagar P3.


Sabtu, 9 Mac 2019

JEMPUTAN MERENTAS DESA SJKC CHONG KUANG










Pada 9 Mac 2019 yang lepas SK Jawi telah menghantar 4 orang murid bagi mewakili acara jemputan khas Merentas Desa bagi SJKC Chong Kuang Sungai Bakap.

Tahniah diucapkan kepada adik beradik kembar iaitu Muhd Hasqi Iskandar dan Muhd Hadi Iskandar masing-masing yang mendapat tempat kedua dan ke-6 dalam saingan 8 buah sekolah yang lain.

Selasa, 5 Mac 2019

KEJOHANAN BOLA BALING MSSPP 12TKB PERINGKAT NEGERI P.PINANG





Kejohanan Bola Baling MSSPP 12TKB peringkat negeri telah berlangsung di SK Seri Impian, Kubang Semang. Tahniah diucapkan kepada pasukan lelaki dan perempuan serta jurulatih-jurulatih zon Nibong Tebal yang telah membawa pulang kejayaan dalam kejohanan tersebut. Pasukan perempuan telah menggondol johan manakala pasukan lelaki naib johan dalam edisi kejohanan tahun 2019.

Seramai 5 orang pemain dari SK Jawi SBT telah terpilih dan mewakili zon. Antara mereka termasuklah adik Muhammad Adam Haris, Muhammad Adam, Muhammad Izwan Syabil, Puteri Nurul Faridsya dan Aqilah Sumayyah telah mengharumkan nama SK Jawi SBT di persada kecemerlangan. Semoga mereka terpilih untuk mewakili ke MSSM pula nanti

:: ULANGTAHUN KELAHIRAN GURU & STAF SOKONGAN


:: CATATAN POPULAR



ORANG SEDANG MELAYARI BLOG INI

Penafian: Sekolah Kebangsaan Jawi adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.
Dikuasakan oleh Blogger.

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates