[close]

Selasa, 11 Disember 2012

ALUMNI SK JAWI


Kini hampir berusia 18 tahun, Sekolah Kebangsaan Jawi telah banyak mencurahkan bakti kepada anak-anak didiknya tanpa mengenal erti jemu. Jika dihitung dari segi masa yang dilalui, SK Jawi telah melahirkan ramai pewaris-pewaris bangsa bagi memenuhi keperluan modal insan di zaman yang lebih mencabar selepas ini dan mereka ini juga lah yang telah banyak membawa nama SK Jawi di persada kecemerlangan.

Sehubungan dengan itu, semua bekas murid SK Jawi telah membawa haluan masing-masing selepas tamat darjah 6 dan rata-rata mereka telah terputus hubungan dengan sekolah. Oleh yang demikian, pihak sekolah akan cuba mengumpul data atau maklumat bekas murid SK Jawi untuk kita sama-sama berkumpul semula sebagai ALUMNI agar dapat mengeratkan semula ikatan silaturrahim di antara sekolah dan bekas murid SK Jawi bahkan di antara mereka sesama rakan yang lain juga.

Mulai tahun 2013, pihak sekolah akan menyediakan satu blog rasmi Alumni SK Jawi yang mana akan memaparkan maklumat-maklumat tentang perjalanan dan aktiviti alumni serta senarai nama alumni dari masa ke semasa. Untuk langkah yang pertama, kepada semua bekas murid SK Jawi bermula dari tahun 1994 sehingga lah sekarang dialu-alukan untuk mendaftar diri sebagai alumni sekolah kita. Sila sebarkan maklumat ini kepada rakan-rakan yang lain. Kerjasama anda semua amat diperlukan supaya ikatan 'keluarga besar' kita sentiasa terjalin sampai bila-bila. Insya-Allah

Klik di sini untuk daftar

4 comments:

ex-student sk jawi berkata...

wah..teringin nk masuk..boleh jumpa kekawan lama..

aida aqilah berkata...

basnya..............................

Tanpa Nama berkata...

nux msk blik . . . .bnyk kenangan tat sna . . .

Hanna Lilly berkata...

salam, sy cuba nak daftar, tp dpt nk key in words.

Catat Ulasan

:: ULANGTAHUN KELAHIRAN GURU & STAF SOKONGAN


:: CATATAN POPULAR





ORANG SEDANG MELAYARI BLOG INI

Penafian: Sekolah Kebangsaan Jawi adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.
Dikuasakan oleh Blogger.

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates