[close]

Khamis, 8 Mac 2012

HARI WANITA SEDUNIA 2012


SELAMAT HARI WANITA kepada semua wanita di SEKOLAH KEBANGSAAN JAWI !

Firman Allah swt...
01."Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menumpang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."
  
02."Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."
  
03."Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "
  
04."Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."
  
05."Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."
  
06."Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu."
  
07."Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan walaupun kadangkala dia tidak memerlukannya."
  
- Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, karena itulah pintu hatinya - tempat dimana cinta itu ada!

Selamat Hari Wanita kepada semua wanita yang bertugas di Sekolah Kebangsaan Jawi serta wanita-wanita tak kira dimana jua anda berada di atas muka bumi di seluruh pelusuk dunia. Wish ini cuma untuk wanita-wanita tulen sahaja.
"Behind every great man there's a great woman"


“sumaiyah kaulah lambang wanita solehah”



Lirik Lagu Wanita Seluruh Dunia
Wahai wanita..
Wanita yang berada di seluruh dunia
Tak kira bangsa, umur atau rupa
Oh..asalkan kau wanita..

Kau buat ku gila..
Bila kau menggoda
Bila kau mengada-ngada
Oh..lirikan mata senyuman manisnya
Oh..kau buat aku tergoda..
Wanita seluruh dunia ku ingin kau tahu
Yang aku cinta kamu semua wahai permaisuriku
Dan walaupun ku tak mampu membahagikan diriku
Kepada wanita seluruh dunia
Lagu ini lagu cinta untuk kamu semua
Untuk kamu semua..
Wahai wanita..
Adakah kau mengerti apa yang aku kata
Kamu semua adalah inspirasiku bila ku berkarya
Ku tuliskan lagu hanyalah untukmu
Untuk buat hari kau ceria
Dan aku tak kisah mana kau berada
Ku ingin kau dengar ku berkata..

Artist : Projek Pistol
Title : Wanita Seluruh Dunia

Ahad, 4 Mac 2012

PERTANDINGAN BOLASEPAK MSSPP ZON NIBONG TEBAL 12TKB 2012





20 hb Februari yang lalu telah diadakan Pertandingan Bolasepak MSSPP Zon Nibong Tebal 12TKB. Sekolah Kebangsaan Batu Kawan telah dipilih sebagai sekolah tuan rumah yang mengelolakan pertandingan tersebut.

SKJ telah berjaya menjadi naib johan kumpulan B dalam saingan peringkat kumpulan yang bermain secara liga. Namun pasukan sekolah sekadar sampai di peringkat suku akhir apabila tewas tipis 2-1 kepada sekolah tuan rumah di padang SK Tasek Permai baru-baru ini.

Cuaca yang tidak menentu dan keadaan padang yang becak menyukarkan pasukan sekolah untuk menunjukkan persembahan permainan yang terbaik kali ini. Walaupun begitu, patut dipuji kesungguhan dan semangat yang telah ditunjukkan oleh mereka sehingga mencapai pada peringkat suku akhir. Tahniah kepada pasukan sekolah! teruskan usaha pada tahun-tahun yang akan datang.

Selasa, 28 Februari 2012

MAJLIS PELANCARAN ANUGERAH SEKOLAH HIJAU 2012











Pada 27 Februari yang lepas, telah diadakan satu majlis pelancaran Anugerah Sekolah Hijau bertempat di Dewan Ar-Razi. Majlis tersebut telah dilancarkan oleh Tn. Hj. Ibrahim b. Zainal (guru besar SKJ) dalam suasana majlis penuh berseri.

Program Anugerah Sekolah Hijau ini dibentuk sebagai program pengauditan alam sekitar bagi sekolah-sekolah di negeri Pulau Pinang. Program ini adalah kesinambungan daripada Anugerah Sekolah Hijau sejak diperkenalkan pada tahun 2010 lagi. SKJ turut rasa berbangga kerana pernah merangkul kategori Anugerah Emas dalam Anugerah Sekolah Hijau 2011 anjuran Majlis Perbandaran Seberang Perai.

Ahad, 26 Februari 2012

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-17













































Mesyuarat Agung Kali ke-17 telah berlangsung hari ini dengan jaya dan lancarnya. Perasmian dilakukan oleh Tuan Mohd Ghazali bin Abu Bakar iaitu Pegawai Pelajaran Daerah Seberang Perai Selatan. Mesyuarat pada kali ini menggariskan semua AJK baru yang dilantik bagi sesi 2012/2013. Mesyuarat telah dimulakan pada pukul 10.30 dan berakhir pada pukul 12.45 tengah hari.

:: ULANGTAHUN KELAHIRAN ::




ORANG SEDANG MELAYARI BLOG INI

Penafian: Sekolah Kebangsaan Jawi adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.
Dikuasakan oleh Blogger.

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates