[close]

Memaparkan catatan dengan label LAWATAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label LAWATAN. Papar semua catatan

Isnin, 25 Februari 2019

LDP KBAT @ SK SERI WAKAF BHARU, KELANTAN












SK Jawi SBT telah melaksanakan LDP KBAT di SK Seri Wakaf Bharu, Kelantan pada 25 Februari 2019.

Kumpulan lawatan sekolah telah tiba di sekolah tersebut dan disambut mesra oleh pentadbir sekolah yang terdiri daripada tuan guru besar iaitu En.Mazlan bin Mohd Nor dan penolong-penolong kanan yang lain.

Banyak informasi berkaitan KBAT dapat dikongsikan antara dua sekolah ini. SK Seri Wakaf Bharu adalah sekolah bench mark KBAT terbaik di negeri Kelantan dan pernah dikunjungi lebih 400 institusi pendidikan untuk rujukan berkaitan KBAT ini.

Selasa, 10 November 2015

LAWATAN PENANDA ARAS KE SK JELAWAT 2, BACHOK, KELANTAN

SK Jawi telah mengadakan lawatan penanda aras ke SK Jelawat 2, Bachok, Kelantan pada 8 November yang lalu. Program jalinan ini adalah lawatan timbal balik dari SK Jelawat 2 yang pernah datang ke SK Jawi pada bulan Mei yang lepas.

Lawatan ini telah disertai oleh 40 orang guru serta staf SK Jawi bagi bertukar-tukar pandangan dan berkongsi ilmu kedua-dua sekolah. Setibanya rombongan di perkarangan SK Jelawat 2, kami telah dipersembahkan tarian oleh penari-penari cilik prasekolah sebelum dibawa masuk ke bilik mesyuarat untuk sesi taklimat kepada ahli rombongan.

Ahli rombongan telah dibawa melawat ke sekeliling sekolah seperti bilik-bilik khas dan persekitaran SK Jelawat 2. Semoga perkongsian ilmu dan hubungan ini dapat kekal terjalin sampai bila-bila.

:: ULANGTAHUN KELAHIRAN GURU & STAF SOKONGAN


:: CATATAN POPULAR





ORANG SEDANG MELAYARI BLOG INI

Penafian: Sekolah Kebangsaan Jawi adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.
Dikuasakan oleh Blogger.

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates