[close]

Selasa, 5 Mac 2019

KEJOHANAN BOLA BALING MSSPP 12TKB PERINGKAT NEGERI P.PINANG





Kejohanan Bola Baling MSSPP 12TKB peringkat negeri telah berlangsung di SK Seri Impian, Kubang Semang. Tahniah diucapkan kepada pasukan lelaki dan perempuan serta jurulatih-jurulatih zon Nibong Tebal yang telah membawa pulang kejayaan dalam kejohanan tersebut. Pasukan perempuan telah menggondol johan manakala pasukan lelaki naib johan dalam edisi kejohanan tahun 2019.

Seramai 5 orang pemain dari SK Jawi SBT telah terpilih dan mewakili zon. Antara mereka termasuklah adik Muhammad Adam Haris, Muhammad Adam, Muhammad Izwan Syabil, Puteri Nurul Faridsya dan Aqilah Sumayyah telah mengharumkan nama SK Jawi SBT di persada kecemerlangan. Semoga mereka terpilih untuk mewakili ke MSSM pula nanti

Rabu, 27 Februari 2019

NUR ALYA HUMAIRA @ RTM MUTIARA FM









Tokoh Nilam P.Pinang 2019 bagi kategori sekolah rendah iaitu tidak asing lagi adik Nur Alya Humaira murid dari SK Jawi SBT telah menghadirkan diri ke konti radio Mutiara FM untuk ditemuramah deejay Azie dalam slot Program Kembara Cakerawala yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar dengan kerjasama Pusat Pengajian Sains Fizik USM dan RTM P.Pinang.

Seramai 4 orang tokoh Nilam P.Pinang akan mewakili negeri ke peringkat kebangsaan yang akan berlangsung pada 2-5 April nanti. Doakan kejayaan pasukan P.Pinang sekaligus menaikkan nama negeri dan juga sekolah masing-masing

Isnin, 25 Februari 2019

LDP KBAT @ SK SERI WAKAF BHARU, KELANTAN












SK Jawi SBT telah melaksanakan LDP KBAT di SK Seri Wakaf Bharu, Kelantan pada 25 Februari 2019.

Kumpulan lawatan sekolah telah tiba di sekolah tersebut dan disambut mesra oleh pentadbir sekolah yang terdiri daripada tuan guru besar iaitu En.Mazlan bin Mohd Nor dan penolong-penolong kanan yang lain.

Banyak informasi berkaitan KBAT dapat dikongsikan antara dua sekolah ini. SK Seri Wakaf Bharu adalah sekolah bench mark KBAT terbaik di negeri Kelantan dan pernah dikunjungi lebih 400 institusi pendidikan untuk rujukan berkaitan KBAT ini.

Sabtu, 23 Februari 2019

KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA SKJAWI SBT 2019

















Kejohanan Sukan Olahraga SKJawi SBT tahun 2019 baru sahaja berlangsung di padang SKJawi pada 23 Februari 2019. Kejohanan yang sepatutnya dirasmikan oleh ADUN Jawi YB. H'ng Mooi Lye telah disempurnakan oleh Ms Heng Shin Yuen pengganti beliau.

Kejohanan dimulakan dengan perbarisan lintas hormat oleh kontijen-kontijen rumah sukan. Seperti tahun-tahun lepas, perbarisan tahun 2019 pula bertemakan flora. Warna -warni perbarisan lintas hormat telah menghiasi kejohanan pada kali ini.

Mohd Hasqi Zulqarnain (KUNING) dan Wan Raja Irdina (MERAH) telah dinobatkan sebagai olahragawan dan olahragawati kejohanan. Manakala Muhd Azmi (BIRU) dan Hurin Auni Safiyah (HIJAU) dipilih pula sebagai olahragawan dan olahragawati harapan.

Untuk keputusan penuh rumah BIRU telah menjadi JOHAN keseluruhan kejohanan.

Rabu, 20 Februari 2019

SKJAWI SBT NAIB JOHAN REGU SEPAK TAKRAW ZON NIBONG TEBAL 2019









Tahniah diucapkan kepada pasukan sepak takraw sekolah yang telah mendapat naib johan regu dalam Pertandingan Sepak takraw MSSPP zon Nibong Tebal yang berlangsung pada 17-19 Februari 2019 di SMK Mutiara Impian.



Biar pun gagal bagi kategori berkumpulan iaitu hanya ke peringkat suku akhir sahaja namun regu terbaik sekolah telah mempamerkan permainan yang sangat menarik dalam kategori regu sehingga layak ke pusingan akhir bertemu dengan regu terbaik dari SK Sungai Bakap.


:: ULANGTAHUN KELAHIRAN GURU & STAF SOKONGAN


:: CATATAN POPULAR





ORANG SEDANG MELAYARI BLOG INI

Penafian: Sekolah Kebangsaan Jawi adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.
Dikuasakan oleh Blogger.

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates