[close]

Jumaat, 9 Mei 2014

KEJOHANAN SOFBOL MSSPP 12TKB PERINGKAT NEGERI 2014

Buat kali kedua pasukan SK Jawi telah menyertai Kejohanan Sofbol MSSPP 12TKB Peringkat Negeri Pulau Pinang yang telah dijalankan di SK Stowell, Bukit Mertajam. Kejohanan ini bermula pada 5 Mei dan berakhir pada 8 Mei yang lalu. Sebanyak 19 buah sekolah seluruh Pulau Pinang mengambil bahagian bagi kategori lelaki dan 16 buah sekolah bagi kategori perempuan.

Tahniah diucapkan kepada pasukan SK Jawi kerana telah mendapat tempat ketiga dalam kejohanan tersebut. Kejayaan pada tahun ini amat membanggakan sekolah. Persaingan awal di peringkat kumpulan E menyaksikan pasukan sekolah menentang SK Ayer Itam, SK Alma dan SK Jalan Hamilton. Kesemua perlawanan dimenangi pasukan sekolah sekaligus telah dinobatkan sebagai juara kumpulan.

Di peringkat suku akhir, pasukan sekolah memenangi lagi perlawanan dengan SK Permatang Sintok dengan kiraan mata 12-8 yang melonjakkan mereka ke peringkat seterusnya separuh akhir. Namun begitu, di peringkat separuh akhir pasukan sekolah kecundang kepada pasukan ketiga negeri Pulau Pinang tahun 2013 iaitu SK Seri Tasek.

Pasukan SK Kampung Baru sekali lagi merangkul johan keseluruhan dalam kejohanan kali ini buat dua tahun berturut-turut. Diharapkan di masa akan datang masih ada harapan baru untuk pasukan SK Jawi merangkul gelaran juara dalam kejohanan ini seterusnya menjadi pasukan yang digeruni oleh pasukan-pasukan sekolah lain.



0 comments:

Catat Ulasan

:: ULANGTAHUN KELAHIRAN GURU & STAF SOKONGAN


:: CATATAN POPULAR





ORANG SEDANG MELAYARI BLOG INI

Penafian: Sekolah Kebangsaan Jawi adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.
Dikuasakan oleh Blogger.

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates