Kes demam denggi semakin bertambah di negara kita dari sehari ke sehari. Demam denggi yang berpunca dari gigitan nyamuk Aedes yang membawa virus flavivirus ke dalam salur darah manusia yang boleh menyebabkan demam denggi berdarah malah turut mengakibatkan kepada kematian.
Menyedari tentang bahayanya penyakit tersebut, pihak sekolah telah menjemput pegawai kesihatan dari Pejabat Kesihatan Bukit Panchor untuk memberi ceramah dan info tentang pengawalan pembiakan nyamuk Aedes di kalangan murid. Cik Teo Yein Chin, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Luaran telah menyampaikan pelbagai maklumat yang sangat berguna untuk menghindari penyakit demam denggi dan cara mengatasi pembiakan nyamuk Aedes dalam persekitaran murid di sekolah mahupun di rumah.
Selasa, 4 Mac 2014
CERAMAH AEDES DAN DEMAM DENGGI
:: ULANGTAHUN KELAHIRAN GURU & STAF SOKONGAN
:: CATATAN POPULAR
Dikuasakan oleh Blogger.




10:01 PTG
ADMIN










































0 comments:
Catat Ulasan