Mentor beerti penasihat yang setia dan jujur. Mentor ialah orang yang sentiasa memberi tunjuk ajar atau nasihat yang berguna kepada seorang yang menjadi mentee. Ini bukanlah satu perkara baru bagi sekolah kerana umumnya semua guru sekolah telah melaksanakan peranan sebagai mentor dan semua murid adalah mentee, cuma pendekatan mungkin sedikit berbeza disebabkan batasan masa seorang guru untuk memberi perhatian kepda murid dalam jumlah yang ramai.
Program ini adalah sebahagian daripada Program Guru Penyayang yang disarankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Guru Penyayang adalah seorang yang memiliki sifat keperibadian terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya (every child matters ) dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar.
Mereka maklum bahawa setiap murid merupakan aset penting yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa. Pembentukan cara berfikir, penyelesaian masalah dan kejiwaan mentee diberi tunjuk ajar agar tidak tersasar.
Pelaksanaan program ini diharapkan hendaklah berterusan serta menjadi budaya oleh guru dan juga warga sekolah.
Diharapkan juga dengan adanya program mentor mentee ini prestasi sekolah akan meningkat dan kurangnya bilangan murid yang berprestasi lemah dan tiada lagi pelajar yang kurang bermotivasi dan minat untuk belajar.
Isnin, 15 Julai 2013
PELANCARAN PROGRAM MENTOR MENTEE
2:56 PTG
cikgu anie o
Tiada Komen
:: ULANGTAHUN KELAHIRAN GURU & STAF SOKONGAN
:: CATATAN POPULAR
-
Makluman kepada semua ibu bapa dan waris murid Sekolah Kebangsaan Jawi bahawa satu aplikasi online telah disediakan oleh Kementerian Pela...
-
Hari ini 12 Oktober 2011 ini telah berlangsung Karnival Bahasa Peringkat Kebangsaan di Hotel Seri malaysia Kepala Batas yang mana Pulau Pina...
-
Tahniah diucapkan kepada PSS SK Jawi yang telah merangkul 3 anugerah semasa Majlis Penyampaian Anugerah BTPN Pulau Pinang baru-baru ini d...
-
6 Mei, 2010 - Pertandingan bola baling peringkat daerah telahpun berakhir dan keputusannya Pasukan Bola Baling (perempuan)SK Jawi menduduki...
-
Sekolah Kebangsaan Jawi menganjurkan Sambutan Hari Kanak-Kanak 2012 pada hari ini dengan beberapa acara yang telah diaturkan untuk Tahap 1 ...
Dikuasakan oleh Blogger.
0 comments:
Catat Ulasan