Hari Profil SK. Jawi telah diadakan baru-baru ini bertujuan untuk berinteraksi dengan ibubapa serta waris murid-murid tentang pencapaian dan perkembangan mereka dalam tempoh setengah tahun ini. Kehadiran ibubapa serta waris pada 22 hb Jun tersebut amat memuaskan, jelas sekali menunjukkan peranan dan sikap tanggungjawab mereka yang prihatin tentang anak-anak di sekolah. Walaupun tugas guru adalah sebagai 'ibubapa' di sekolah, namun jika kedua-dua pihak saling membantu antara satu sama lain segala kejayaan murid-murid di sekolah tentu akan tercapai dengan mudah. Pihak sekolah merakamkan ribuan terima kasih dengan kehadiran ibubapa serta waris pada hari tersebut.
Sabtu, 23 Jun 2012
:: ULANGTAHUN KELAHIRAN GURU & STAF SOKONGAN
:: CATATAN POPULAR
-
Makluman kepada semua ibu bapa dan waris murid Sekolah Kebangsaan Jawi bahawa satu aplikasi online telah disediakan oleh Kementerian Pela...
-
Hari ini 12 Oktober 2011 ini telah berlangsung Karnival Bahasa Peringkat Kebangsaan di Hotel Seri malaysia Kepala Batas yang mana Pulau Pina...
-
Tahniah diucapkan kepada PSS SK Jawi yang telah merangkul 3 anugerah semasa Majlis Penyampaian Anugerah BTPN Pulau Pinang baru-baru ini d...
-
6 Mei, 2010 - Pertandingan bola baling peringkat daerah telahpun berakhir dan keputusannya Pasukan Bola Baling (perempuan)SK Jawi menduduki...
-
Sekolah Kebangsaan Jawi menganjurkan Sambutan Hari Kanak-Kanak 2012 pada hari ini dengan beberapa acara yang telah diaturkan untuk Tahap 1 ...
Dikuasakan oleh Blogger.
2 comments:
SK Jawi tidak telus dalam @ pilih kasih dalam banyak hal. Contohnya kenapa hanya pelajar tahun 6 yang tertentu sahaja seperti 6 Gemilang dibawa ke Kursus 5A di USm baru2 ini. Kenapa pelajar2 dari kelas lain tidak dibawa. Bukankah kami juga membayar yuran PIBG. PEnglibatan sekolah lain jauh lebih banyak ( membawa lebih murid) Adakah hanya sasaran yang boleh dapat 5A sahaja dibawa dan kenapa jika begitu hanya 3 orang yang dapat 5A. Bila komen PIBG guru besar suka defend cikgu sebab tu ibubapa malas nak ke PIBG.
Terima kasih atas keprihatinan tuan/puan terhadap perkembangan sk jawi. Semoga dengan ini dapat mempertingkatkan lagi pencapaian anak-anak didik di sekolah ini. Untuk makluman tuan/puan program ini:
1. bayaran kursus BUKAN dibiayai oleh PIBG@pihak sekolah tetapi di bawah pengurusan Pusat Urus Zakat (PUZ).
2. pemilihan murid dibuat mengikut kriteria yang ditetapkan oleh Jabatan Pelajaran P.Pinang, BUKAN ditentukan oleh pihak sekolah.
3. kriteria yang ditetapkan oleh JPN: seramai 20 orang murid cemerlang dari 6G dan 20 murid sederhana cemerlang dari kelas 6G dan 6B.
4. jumlah murid dari sesebuah sekolah ditentukan berdasarkan bilangan calon UPSR pada tahun tersebut.
Untuk makluman tuan/puan pihak sekolah telah berusaha sedaya upaya untuk memberikan peluang sama rata kepada semua murid di sekolah ini. Adalah lebih wajar, tuan/puan berbincang secara dua hala dengan pihak sekolah atas sebarang masalah yang timbul.
Catat Ulasan