Pada 27 Februari yang lepas, telah diadakan satu majlis pelancaran Anugerah Sekolah Hijau bertempat di Dewan Ar-Razi. Majlis tersebut telah dilancarkan oleh Tn. Hj. Ibrahim b. Zainal (guru besar SKJ) dalam suasana majlis penuh berseri.
Program Anugerah Sekolah Hijau ini dibentuk sebagai program pengauditan alam sekitar bagi sekolah-sekolah di negeri Pulau Pinang. Program ini adalah kesinambungan daripada Anugerah Sekolah Hijau sejak diperkenalkan pada tahun 2010 lagi. SKJ turut rasa berbangga kerana pernah merangkul kategori Anugerah Emas dalam Anugerah Sekolah Hijau 2011 anjuran Majlis Perbandaran Seberang Perai.
0 comments:
Catat Ulasan