[close]

Rabu, 18 Januari 2012

KAWAT KECEMASAN TAHUN 1 2012












Pada 18hb Januari 2012 (Rabu) Unit Keselamatan, Sekolah Kebangsaan Jawi telah melaksanakan latihan kawat kecemasan atau lebih dikenali sebagai latihan kebakaran khas untuk murid tahun 1. Ia ada salah satu program tahunan unit keselamtan SK Jawi. Program ini dikendalikan oleh En.Mohamed Jamal Bin Kamithi Setiausaha Unit Keselamatan SK Jawi turut dibantu oleh guru tahun 1 yang mengajar mata pelajaran waktu pertama pada hari rabu. Mereka yang dimaksudkan ialah Pn.Fazidah Bt Juniat, Pn.Nora Bt Nordin, Pn.Suraya Bt Yahaya dan Pn.Fatimah Bt Abdullah. Objektif program ini adalah memberi pendedahan awal kepada murid tahun 1 yang baru menjejak kaki ke alam persekolahan tentang tindakan yang perlu dilakukan ketika waktu kecemasan atau mendengar bunyi loceng kecemasan. Pada akhir program ini murid tahun 1 dapat memahami apa yang dimaksudkan dengan latihan kawat kecemasan dan mengetahui tindakan yang perlu diambil ketika berlaku kecemasan.

0 comments:

Catat Ulasan

:: ULANGTAHUN KELAHIRAN GURU & STAF SOKONGAN


:: CATATAN POPULAR





ORANG SEDANG MELAYARI BLOG INI

Penafian: Sekolah Kebangsaan Jawi adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.
Dikuasakan oleh Blogger.

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates