Pada 2hb. Mac 2011 Jawatankuasa Keselamatan Sekolah Kebangsaan Jawi telah mengadakan satu siri latihan kawat kecemasan pada pertama kali. Pada tahun ini, jawatankuasa keselamatan sekolah telah merancang mengadakan 3 siri latihan kebakaran dan pada siri terakhir melibatkan kerjasama sekolah dan Jabatan Bomba dan Penyelamat. Sesi latihan dimulakan pada jam 8:50 pagi melibatkan pergerakan semua warga SK Jawi ke tapak perhimpunan kecemasan (Padang Sekolah) melalui jalan (laluan API) yang telah ditetapkan oleh jawatankuasa. Aktiviti tersebut berjalan lancar dengan kerjasama semua warga SK Jawi. Tempoh masa yang diambil untuk berkumpul di padang adalah kurang dari 4 minit adalah sama dengan tempoh yang ditetapkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat.
0 comments:
Catat Ulasan