














Seramai lebih kurang 123 orang murid tahun 6 telah menyertai program ini yang diadakan selama 2 hari 1 malam di sekolah dan Taman Negara Pulau Pinang di Bukit Panchor pada 26-27 Februari yang lalu. Pelbagai aktiviti dijalankan bagi memantapkan lagi fizikal, mental dan rohani peserta program. Selain dapat mempersiapkan minda peserta program dengan pelbagai motivasi dan panduan menguruskan diri bagi UPSR yang bakal mereka tempuhi, pihak sekolah berkesempatan menemui waris pelajar untuk memberi input yang berguna bagi persediaan anak-anak menempuhi UPSR tidak lama lagi.
0 comments:
Catat Ulasan