[close]

Sabtu, 26 Julai 2014

MAJLIS KHATAM AL-QUR'AN & MAJLIS DI AMBANG SYAWAL

Majlis Khatam Al-Qur'an diadakan sebelum cuti Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini bagi murid-murid SK Jawi yang telah menamatkan bacaan Al-Qur'an mereka. Aturcara majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat Al-Qur'an oleh murid yang diketuai oleh Ustaz Abdillah dan Ustaz Hazman menggunakan skrin besar.

Selesai aturcara tersebut, disempurnakan pula penyampaian hadiah kepada guru-guru yang mengambil bahagian dalam Tadarus Bulan Ramadhan SK Jawi begitu juga penyampaian cenderahati kepada murid khatam Al-Qur'an. Tazkirah ringkas pula disampaikan oleh Ustaz Mohd Naim berkaitan cara terbaik menyambut hari raya. Sementara majlis dilangsungkan di dewan Ar-Razi, murid-murid tahun 1, 2 dan bukan muslim pula berada di dalam kelas menyertai pertandingan mewarna.

Pada pukul 10.45 pagi, semua murid berkumpul sekali lagi di dewan Ar-Razi bagi Majlis di Ambang Syawal. Semua murid diberi peluang untuk bersalam-salaman dengan guru serta diberikan sampul berisi duit raya dan kad raya setiap seorang.

*Gambar-gambar adalah ihsan dari FB Cikgu Lubna b. Ismail

0 comments:

Catat Ulasan

:: ULANGTAHUN KELAHIRAN GURU & STAF SOKONGAN


:: CATATAN POPULAR





ORANG SEDANG MELAYARI BLOG INI

Penafian: Sekolah Kebangsaan Jawi adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.
Dikuasakan oleh Blogger.

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates