[close]

Rabu, 14 Mei 2014

KARNIVAL KELUARGA PIBG 2014

Karnival Keluarga PIBG 2014 adalah satu program di bawah PIBG SK Jawi buat julung kalinya pada tahun ini bertujuan untuk menambah dana melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang. Karnival ini telah berlangsung dengan jayanya pada 13 Mei 2014 yang lepas. Karnival yang bertemakan 'Seronok, Sihat, Santai dan Beramal' menepati objektif karnival untuk mengeratkan persaudaraan serta memberi keseronokan dan mengamalkan cara hidup sihat melalui aktiviti-aktiviti santai kepada pengunjung sambil menyumbang kepada tabung PIBG sekolah.

Aktiviti yang dijalankan semasa karnival berbentuk pertandingan. Antara pertandingan tersebut  adalah Pertandingan Mewarna, Pertandingan Dam Aji,  Pertandingan Jigsaw Puzzle, Pertandingan Miniature Garden, Pertandingan Hiasan Bahan Terbuang, Pertandingan Memasak dan Pertandingan Futsal.

Walaupun program baru pertama kali dikelolakan namun penyertaan dan sambutan di luar jangkaan. Pengunjung yang dijangkakan hadir hanyalah 200 orang tetapi angka sebenar pada hari tersebut melangkaui 300 orang. Suasana karnival amat meriah kerana hampir semua yang hadir dapat menyertai aktiviti yang dirancang disamping menikmati jualan makanan dan tayangan amal untuk pengunjung yang hadir pada hari itu.






KLIK DISINI untuk melihat banyak lagi gambar sekitar Karnival Keluarga PIBG SK Jawi 2014

0 comments:

Catat Ulasan

:: ULANGTAHUN KELAHIRAN GURU & STAF SOKONGAN


:: CATATAN POPULAR





ORANG SEDANG MELAYARI BLOG INI

Penafian: Sekolah Kebangsaan Jawi adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.
Dikuasakan oleh Blogger.

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates