[close]

Jumaat, 21 Mac 2014

MERENTAS DESA 2014

Program Merentas Desa 2014 sangat menguji ketahanan fizikal dan jati diri kesemua murid-murid SK Jawi termasuk prasekolah apabila mereka berlari dalam trek sepanjang lebih kurang 2 kilometer di sekitar kawasan perumahan berdekatan dengan sekolah.

Program telah dimulakan dengan aktiviti senamrobik bagi memanaskan badan dan regangan sebelum murid-murid dilepaskan mengikut tahun demi tahun. Seramai 4 orang anggota PDRM telah ditugaskan untuk mengawasi larian murid terutamanya di kawasan yang sibuk dengan kenderaan yang lalu lalang. Trek dibahagikan kepada 2 kategori iaitu untuk tahap 1 dan tahap 2. 20 hadiah berbentuk medal telah disediakan mengikut setiap tahun kepada pemenang.



0 comments:

Catat Ulasan

:: ULANGTAHUN KELAHIRAN GURU & STAF SOKONGAN


:: CATATAN POPULAR





ORANG SEDANG MELAYARI BLOG INI

Penafian: Sekolah Kebangsaan Jawi adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.
Dikuasakan oleh Blogger.

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates