[close]

Sabtu, 1 Februari 2014

PELANCARAN PROGRAM GURU PENYAYANG 2014

Program Guru Penyayang SK Jawi bagi 2014 telah dilancarkan pada 30 Januari yang lepas dengan jayanya. Program yang bertujuan supaya guru-guru mengamal dan membudayakan sikap kasih sayang di sekolah mengeratkan lagi perhubungan di antara murid dan guru. Bagi fasa pertama pelaksanaannya, guru-guru akan melaksanakan tiga aktiviti termasuklah mengalu-alukan kehadiran murid ke sekolah, perlaksanaan Program Mentor Mentee serta memberi penghargaan kepada murid.

Pelancaran dimulakan dengan lakon semula guru-guru mengalu-alukan kehadiran murid di pintu pagar utama sekolah. Kemudian guru-guru berarak ke tapak perhimpunan dan diiringi oleh paluan pasukan kompang sekolah.

Majlis pelancaran ini telah dikelolakan oleh Pn. Noor hana Yusra, Guru Bimbingan & Kaunseling SK Jawi. Majlis diserikan dengan perasmian pelancaran oleh Guru Besar, penyampaian hadiah dan kad ucapan kepada guru dan murid yang lahir pada bulan Januari serta upacara memotong kek sempena pelancaran tersebut.

Lebih banyak gambar lagi dapat dilihat di laman sosial sekolah. Klik pautan di bawah:
Pelancaran Program Guru Penyayang 2014

0 comments:

Catat Ulasan

:: ULANGTAHUN KELAHIRAN GURU & STAF SOKONGAN


:: CATATAN POPULAR





ORANG SEDANG MELAYARI BLOG INI

Penafian: Sekolah Kebangsaan Jawi adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.
Dikuasakan oleh Blogger.

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates