[close]

Isnin, 18 Jun 2012

KEMPORI PENGAKAP DAERAH SPS 2012


Kempori Pengakap Daerah SPS telah diadakan di SK Bakap Indah pada 15-17 Jun 2012. Seramai 12 orang ahli Pengakap SK Jawi telah menyertai Kempori. Aktiviti yang dijalankan adalah bagi memperolehi 6 Lencana Pengakap iaitu dua Lencana Kepandaian Perkhidmatan, satu Lencana Kepandaian Kegemaran, dua Lencana Kepandaian Pengetahuan dan Lencana Ahli Kembara. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori Pertandingan dan kategori Bimbingan. Aktiviti yang dipertandingkan ialah Persembahan Malam Kebudayaan, Kawad Statik, Ikatan dan Simpulan serta Gejek. Manakala aktiviti-aktiviti seperti membuat kraftangan dari straw, memasak makanan tengahari, kembara, membuat roti lilit serta pertolongan cemas adalah kategori bimbingan. Pada hari penutupan, ahli pengakap melakukan Istiadat Laung Agung serta menerima Sijil dan Lencana sebagai tanda lulus ujian sebagai ahli Pengakap Kanak-kanak.

Laporan disediakan oleh : Pn. Noor Lubna bt. Ismail

0 comments:

Catat Ulasan

:: ULANGTAHUN KELAHIRAN GURU & STAF SOKONGAN


:: CATATAN POPULAR





ORANG SEDANG MELAYARI BLOG INI

Penafian: Sekolah Kebangsaan Jawi adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.
Dikuasakan oleh Blogger.

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates