[close]

Ahad, 15 Januari 2012

JAYA WARIS TAHUN 6 2012







Satu program perjumpaan waris tahun 6 yang dikenali sebagai Program Jaya Waris 2012 telah dilaksanakan pada 14 Januari lepas. Objektif program yang bertujuan untuk mengadakan pertemuan antara pihak sekolah dengan semua waris atau ibu bapa murid tahun 6 berjalan lancar dan mengikut perancangan.

Program ini lebih tertumpu kepada penyampaian maklumat penting oleh pihak sekolah tentang perancangan-perancangan yang akan dijalankan khusus untuk murid tahun 6 yang bakal menjadi calon UPSR tahun ini. Aturcara program telah dimuatkan dengan ucapan amanat Guru Besar, ucapan Guru Penyelaras Tahun 6 dan diakhiri dengan ceramah motivasi oleh pakar motivasi yang dijemput khas ke dalam program ini.

0 comments:

Catat Ulasan

:: ULANGTAHUN KELAHIRAN GURU & STAF SOKONGAN


:: CATATAN POPULAR





ORANG SEDANG MELAYARI BLOG INI

Penafian: Sekolah Kebangsaan Jawi adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.
Dikuasakan oleh Blogger.

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates