Pertandingan Bolasepak 11TKB Zon Nibong Tebal telah dijalankan baru-baru ini di SK Seri Tasek. Sebanyak 16 pasukan daripada sekolah di dalam daerah Seberang Perai Selatan telah mengambil bahagian dalam pertandingan secara karnival ini.
Pasukan SK Jawi telah meraih juara kumpulan B seterusnya layak ke pusingan suku akhir dengan bertemu pasukan handalan dari SK Seri Sentosa. Kemenangan 2-0 ke atas SK Seri Sentosa telah melayakkan lagi pasukan sekolah ke peringkat separuh akhir dengan bertemu SK Bandar Tasek Mutiara. Berkat kesungguhan pasukan sekolah, sekali lagi kemenangan berpihak kepada SK Jawi untuk berada di pusingan akhir pertandingan bolasepak 11TKB Zon Nibong Tebal 2010 dengan bertemu pasukan favourite pertandingan iaitu pasukan daripada SK Tasek Permai. Setelah berhempas-pulas bermain di peringkat akhir, nasib tidak menyebelahi pasukan sekolah apabila kalah tipis 2-0 dengan pasukan lawan.
Ahad, 26 September 2010
SKJ NAIB JOHAN PERTANDINGAN BOLASEPAK 11TKB ZON NIBONG TEBAL
:: ULANGTAHUN KELAHIRAN GURU & STAF SOKONGAN
:: CATATAN POPULAR
-
Makluman kepada semua ibu bapa dan waris murid Sekolah Kebangsaan Jawi bahawa satu aplikasi online telah disediakan oleh Kementerian Pela...
-
Hari ini 12 Oktober 2011 ini telah berlangsung Karnival Bahasa Peringkat Kebangsaan di Hotel Seri malaysia Kepala Batas yang mana Pulau Pina...
-
Tahniah diucapkan kepada PSS SK Jawi yang telah merangkul 3 anugerah semasa Majlis Penyampaian Anugerah BTPN Pulau Pinang baru-baru ini d...
-
6 Mei, 2010 - Pertandingan bola baling peringkat daerah telahpun berakhir dan keputusannya Pasukan Bola Baling (perempuan)SK Jawi menduduki...
-
Sekolah Kebangsaan Jawi menganjurkan Sambutan Hari Kanak-Kanak 2012 pada hari ini dengan beberapa acara yang telah diaturkan untuk Tahap 1 ...
Dikuasakan oleh Blogger.
0 comments:
Catat Ulasan