[close]

Sabtu, 17 April 2010

TEMASYA SUKAN SK JAWI

PK Pentadbiran, Pn. Inson Mansor dan PK Hem, Pn. Maznah Ghazali memantau perjalanan Temasya sukan SK Jawi.

Pasukan Rumah Kuning berjaya menambat hati para juri untuk menobatkan mereka sebagai pemenang tempat pertama pertandingan kawad perbarisan.

Pn. Norhanizah Shabudin, peneraju utama Temasya Sukan SK Jawi 2010 sedang menyusun medal di meja hadiah.

Pn. Suganti jurulatih bagi acara persembahan gimrama dan Pn. Suganthi serta Pn Mullaimalar beraksi untuk 1 Malaysia.

Persembahan gimrama dari kelab gimrama sekolah SK Jawi.

Seorang waris yang berjaya memenangi pertandingan acara kaum bapa.

Pasukan Rumah Biru, Johan keseluruhan Temasya sukan SK Jawi 2010

Acara tarik tali, akhir. Rumah hijau menjadi juara.

Guru Besar, Tn. Hj. Ibrahim Zainal sedang menyampaikan ucapan

Pegawai petugas temasya Sukan En. Zainuddin , Ust. Faisal dan En. Sabarudin.

Empat sekawan

Kami menang lagi tahun ini!!!

17 April,2010 -Temasya Sukan SK Jawi kali ke 13 berlangsung dengan meriahnya hari ini di padang SK Jawi. Cuaca yang baik membolehkan acara pada hari ini berjalan lancar. Temasya sukan kali ini telah dirasmikan oleh En. Abu Bakar b. Mohd Nor, Pegawai khas dan penasihat Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.Majlis bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 1.30 tengahari.

Ramai ibu bapa yang hadir untuk menyaksikan anak-anak mereka beraksi dalam acara-acara yang dipertandingkan seperti lari 100m, 200m, 4 x100 meter dan acara sukaneka serta tarik tali. Rumah Biru mengekalkan kejuaraan 3 tahun berturut-turut. Mohd Akmal b. Abdul Rahman dari rumah kuning telah muncul sebagai olahragawan sukan 2010 dengan memperolehi 3 pingat emas manakal olahragawati disandang oleh Siti Nuratiqah dari rumah biru.

0 comments:

Catat Ulasan

:: ULANGTAHUN KELAHIRAN GURU & STAF SOKONGAN


:: CATATAN POPULAR





ORANG SEDANG MELAYARI BLOG INI

Penafian: Sekolah Kebangsaan Jawi adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.
Dikuasakan oleh Blogger.

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates