[close]

Isnin, 13 Ogos 2007

CIKGU RANONG MASUK JAWI!!!

Seramai 3 orang guru dari negara Thailand telah berkesempatan melawat ke SK Jawi bermula pada 14 sehingga 16 Ogos ini dalam Program Malaysia-Thailand Teachers Homestay anjuran Pejabat Pelajaran Daerah Seberang Perai Selatan Pulau Pinang.

Tujuan lawatan ini adalah untuk bertukar-tukar pengetahuan dan pengalaman antara kedua-dua negara berkaitan perlaksanaan pentadbiran, pengurusan, pengajaran dan pembelajaran di sekolah masing-masing di samping menunjukkan situasi perjalanan sekolah khususnya di Malaysia.

Kehadiran ketiga-tiga guru dari Ranong tersebut telah disambut dengan paluan kompang setibanya mereka ke dalam kawasan sekolah.Program pembukaan telah dijalankan di dewan sekolah dan dimulakan dengan ucapan Guru Besar SK Jawi, Tn.Hj Ibrahim bin Zainal dan diserikan lagi dengan persembahan deklamasi sajak, chorus speaking dan 2 persembahan tarian oleh murid-murid SK Jawi.

Guru-guru yang disambut ini juga akan bersama-sama pihak sekolah mengikuti aktiviti program sehingga ke hari penutup pada 16 Ogos ini.Upacara penutup akan diadakan di SMK Mutiara Impian dan diharapkan dengan adanya program sebegini akan mengeratkan lagi persahabatan guru dan memberi satu impak yang besar di antara kedua-dua buah negara.

0 comments:

Catat Ulasan

:: ULANGTAHUN KELAHIRAN GURU & STAF SOKONGAN


:: CATATAN POPULAR





ORANG SEDANG MELAYARI BLOG INI

Penafian: Sekolah Kebangsaan Jawi adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.
Dikuasakan oleh Blogger.

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates