30 April 2010 - Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu tahap 2 sempena Pameran Buku Pulau Pinang telah di adakan di Dewan Mellenium Kepala Batas Pulau Pinang pagi tadi. Seramai 18 orang peserta telah mempersembahkan kebolehan dan bakat masing-masing.
SK jawi sekali lagi melakar sejarah tersendiri apabila adik Siti Nur Kamilia, murid Tahun 5 Gemilang, dipilih oleh para juri sebagai JOHAN pertandingan tersebut.
Semalam adik Nurin Fariha Joha, juga murid dari SK Jawi telah memenangi tempat pertama dalam pertandingan bercerita Bahasa Melayu tahap 1, di pentas yang sama. Tahniah diucapkan. Syabas!! SK Jawi.




9:30 PTG
ADMIN












































