[close]

Selasa, 3 November 2015

PROGRAM MENGENALPASTI BAKAT SUKAN (MYTID) @ SK. JAWI

Lebih 100 orang murid tahun 1 SK Jawi telah menjalani Program MyTID yang dilangsungkan serentak di seluruh negara pada 3 November 2015 lalu. Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan Program Mengenalpasti Bakat Sukan (MyTID) bertujuan membangunkan sukan dari peringkat akar umbi yang melibatkan seluruh sekolah rendah bermula dari umur tujuh tahun.

Program ini berpandukan tiga teras utama iaitu sains, teknologi dan kolaborasi.Guru-guru akan berperanan menjadi pembantu dalam ujian pengenalpastian bakat, manakala Institut Sukan Negara akan berperanan menyediakan kepakaran dan pengalaman dalam bidang saintifik dan teknologi di bahagian operasi.

0 comments:

Catat Ulasan

:: ULANGTAHUN KELAHIRAN GURU & STAF SOKONGAN


:: CATATAN POPULAR





ORANG SEDANG MELAYARI BLOG INI

Penafian: Sekolah Kebangsaan Jawi adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.
Dikuasakan oleh Blogger.

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates