[close]

Jumaat, 2 Oktober 2015

LAWATAN PENANDA ARAS DARI SK.TMN MAHSURI, PDG.SERAI, KEDAH


Pagi tadi, satu rombongan dari SK. Taman Mahsuri, Padang Serai, Kedah Darul Aman telah sudi bertandang ke SK.Jawi dalam rangka lawatan penanda aras sekolah tersebut. Di samping dapat bertukar-tukar pandangan melalui lawatan tersebut telah mengeratkan hubungan silaturrahim antara pendidik bagi kedua-dua sekolah ini.

Rombongan ini telah dibawa melawat ke bilik-bilik khas seperti bilik prasekolah, perpustakaan dan sebagainya untuk melihat aspek pengurusan dan keceriaan bilik serta kawasan keceriaan di persekitaran sekolah. Semoga dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberi banyak inspirasi dan panduan kepada pihak rombongan untuk dibawa pulang ke sekolah nanti.

0 comments:

Catat Ulasan

:: ULANGTAHUN KELAHIRAN GURU & STAF SOKONGAN


:: CATATAN POPULAR





ORANG SEDANG MELAYARI BLOG INI

Penafian: Sekolah Kebangsaan Jawi adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.
Dikuasakan oleh Blogger.

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates