[close]

Ahad, 11 Oktober 2015

HARI SUKAN NEGARA @ SK.JAWI

Hari Sukan Negara adalah inisiatif yang dipacu Kementerian Belia dan Sukan sebagai langkah proaktif di dalam transformasi Malaysia sebagai sebuah negara sukan. SK Jawi juga tidak ketinggalan sebagai satu institusi pendidikan yang turut mengambil bahagian dalam program yang dijalankan serentak di seluruh negara pada 10 Oktober yang lalu.

Acara ini akan menggalakkan gaya hidup yang lebih sihat di kalangan rakyat Malaysia selain dapat mengenalpasti bakat sukan, meningkatkan produktiviti, menjana kesejahteraan komprehensif dan memupuk semangat perpaduan dalam negara.

Hari Sukan Negara di SK Jawi menampilkan aktiviti senamrobik, pertandingan bolasepak (lelaki) dan pertandingan bola baling (perempuan) yang melibatkan seluruh warga SK Jawi iaitu murid, guru dan staf.

0 comments:

Catat Ulasan

:: ULANGTAHUN KELAHIRAN GURU & STAF SOKONGAN


:: CATATAN POPULAR





ORANG SEDANG MELAYARI BLOG INI

Penafian: Sekolah Kebangsaan Jawi adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.
Dikuasakan oleh Blogger.

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates