[close]

Ahad, 16 Ogos 2015

KEJOHANAN CATUR - PENCARIAN JAGUH KAMPUNG SIRI 1

Persatuan Ibu bapa dan Guru SK Jawi bersama Kelab Catur Hijau Kuning telah berjaya menganjurkan Kejohanan Catur - Pencarian Jaguh Kampung bagi siri 1 2015 di dewan Ar-Razi SK Jawi pada 15 Ogos yang lalu. Seramai lebih 70 orang peserta dari sekolah rendah dari negeri Kedah, Pulau Pinang dan Perak telah mendaftar untuk menyertai kejohanan tersebut. Kejohanan yang berlansung seharian di SK Jawi telah mengeratkan silaturrahim pemain-pemain begitu juga guru-guru dan ibu bapa yang membawa anak masing-masing. Ini adalah penganjuran PIBG SK Jawi yang julung kalinya bersama Kelab Catur Hijau Kuning bagi mencungkil bakat-bakat baru dalam permainan dalaman ini untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.

0 comments:

Catat Ulasan

:: ULANGTAHUN KELAHIRAN GURU & STAF SOKONGAN


:: CATATAN POPULAR





ORANG SEDANG MELAYARI BLOG INI

Penafian: Sekolah Kebangsaan Jawi adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.
Dikuasakan oleh Blogger.

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates