[close]

Ahad, 29 Jun 2014

TEMASYA SUKAN TAHUNAN SKJ KALI KE-17

Temasya Sukan Tahunan SK Jawi kali ke-17 telah berlangsung pada 28 Jun yang lepas dengan jayanya. Program yang diadakan saban tahun ini diadakan di padang SK Jawi dengan begitu meriah sekali.

Perasmian dan penerimaan lintas hormat perbarisan kontijen rumah sukan telah disempurnakan oleh Tuan Shafien b. Mamat, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan. Dalam ucapan perasmian yang agak ringkas, beliau telah memberi sumbangan berupa wang tunai kepada semua rumah sukan berdasarkan kejayaan pungutan mata yang diperolehi sehingga akhir temasya.

Sebelum berlangsungnya temasya sukan, beberapa acara sukan telah disempurnakan seperti sukantara dan  acara padang peringkat akhir.

Temasya sukan kali ini dimulakan dengan perbarisan lintas hormat oleh kontijen rumah sukan yang diketuai oleh adik Haziq Iskandar b. Zulkarnain
, bacaan ikrar, ucapan pentadbir Pn. Zubaidah bt. Jaafar Guru Besar SK Jawi dan ucapan perasmian oleh Tuan Shafien b. Mamat Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan.

Sebanyak 3 buah sekolah RIMUP sekitar Jawi dijemput menghantar murid bagi penyertaan acara jemputan lari berganti 4x100meter.

Temasya sukan telah berkakhir tepat pada pukul 1.00 tengah hari dan Rumah MERAH (Jebat) telah dianugerahkan johan rumah sukan tahun ini.

Lagi gambar Temasya Sukan Tahunan SK Jawi Kali Ke-7 klik di sini

0 comments:

Catat Ulasan

:: ULANGTAHUN KELAHIRAN GURU & STAF SOKONGAN


:: CATATAN POPULAR





ORANG SEDANG MELAYARI BLOG INI

Penafian: Sekolah Kebangsaan Jawi adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.
Dikuasakan oleh Blogger.

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates