[close]

Isnin, 26 Mei 2014

SAMBUTAN HARI GURU 2014

Sambutan Hari Guru peringkat sekolah yang bertemakan "Guru: Pencetus Kreativiti Penjana Inovasi" telah diadakan pada 26 Mei yang lalu. Walaupun agak lewat dari tarikh sebenar iaitu 16 Mei setiap tahun namun sambutan di SK Jawi sangat meriah. Semua guru berpakaian serba ungu mengikut tema warna yang ditetapkan.

Sambutan dimulakan dengan perarakan guru-guru masuk ke dewan dengan iringan paluan pasukan kompang sekolah. Semua murid memberi tepukan yang gemuruh semasa perarakan memandangkan sambutan ini hanya boleh dilihat sekali dalam setahun. Banyak acara telah dirancang semasa perhimpunan khas ini termasuklah ucapan guru besar, bacaan perutusan menteri pendidikan dan ketua pengarah pendidikan, nyanyian lagu 'Guru Malaysia', deklamasi sajak dan sebagainya.

Terdapat juga aktiviti sukaneka antara guru dan murid-murid menghiasi sambutan pada tahun ini. Begitu juga pertandingan mewarna bagi murid-murid tahap 1. Di penghujung sambutan, kesemua warga SK Jawi berkumpul semula di dewan untuk acara persembahan murid dan penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan.

KLIK DI SINI untuk lihat banyak lagi gambar sekitar sambutan Hari Guru 2014

0 comments:

Catat Ulasan

:: ULANGTAHUN KELAHIRAN GURU & STAF SOKONGAN


:: CATATAN POPULAR





ORANG SEDANG MELAYARI BLOG INI

Penafian: Sekolah Kebangsaan Jawi adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.
Dikuasakan oleh Blogger.

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates