Buat kali kedua pasukan SK Jawi telah menyertai Kejohanan Sofbol MSSPP 12TKB Peringkat Negeri Pulau Pinang yang telah dijalankan di SK Stowell, Bukit Mertajam. Kejohanan ini bermula pada 5 Mei dan berakhir pada 8 Mei yang lalu. Sebanyak 19 buah sekolah seluruh Pulau Pinang mengambil bahagian bagi kategori lelaki dan 16 buah sekolah bagi kategori perempuan.
Tahniah diucapkan kepada pasukan SK Jawi kerana telah mendapat tempat ketiga dalam kejohanan tersebut. Kejayaan pada tahun ini amat membanggakan sekolah. Persaingan awal di peringkat kumpulan E menyaksikan pasukan sekolah menentang SK Ayer Itam, SK Alma dan SK Jalan Hamilton. Kesemua perlawanan dimenangi pasukan sekolah sekaligus telah dinobatkan sebagai juara kumpulan.
Di peringkat suku akhir, pasukan sekolah memenangi lagi perlawanan dengan SK Permatang Sintok dengan kiraan mata 12-8 yang melonjakkan mereka ke peringkat seterusnya separuh akhir. Namun begitu, di peringkat separuh akhir pasukan sekolah kecundang kepada pasukan ketiga negeri Pulau Pinang tahun 2013 iaitu SK Seri Tasek.
Pasukan SK Kampung Baru sekali lagi merangkul johan keseluruhan dalam kejohanan kali ini buat dua tahun berturut-turut. Diharapkan di masa akan datang masih ada harapan baru untuk pasukan SK Jawi merangkul gelaran juara dalam kejohanan ini seterusnya menjadi pasukan yang digeruni oleh pasukan-pasukan sekolah lain.
Jumaat, 9 Mei 2014
KEJOHANAN SOFBOL MSSPP 12TKB PERINGKAT NEGERI 2014
5:36 PTG
ADMIN
Tiada Komen
:: ULANGTAHUN KELAHIRAN GURU & STAF SOKONGAN
:: CATATAN POPULAR
-
Makluman kepada semua ibu bapa dan waris murid Sekolah Kebangsaan Jawi bahawa satu aplikasi online telah disediakan oleh Kementerian Pela...
-
Hari ini 12 Oktober 2011 ini telah berlangsung Karnival Bahasa Peringkat Kebangsaan di Hotel Seri malaysia Kepala Batas yang mana Pulau Pina...
-
Tahniah diucapkan kepada PSS SK Jawi yang telah merangkul 3 anugerah semasa Majlis Penyampaian Anugerah BTPN Pulau Pinang baru-baru ini d...
-
6 Mei, 2010 - Pertandingan bola baling peringkat daerah telahpun berakhir dan keputusannya Pasukan Bola Baling (perempuan)SK Jawi menduduki...
-
Sekolah Kebangsaan Jawi menganjurkan Sambutan Hari Kanak-Kanak 2012 pada hari ini dengan beberapa acara yang telah diaturkan untuk Tahap 1 ...
Dikuasakan oleh Blogger.
0 comments:
Catat Ulasan