[close]

Rabu, 23 April 2014

TAWARAN BARU UNTUK GURU BESAR @ BAI' AH @ SK JAWI

SK jawi telah berjaya memperolehi Anugerah Tawaran Baru untuk Guru Besar bagi tahun 2013. Tahniah dan syabas diucapkan kepada guru besar  Pn. Zubaidah Binti Jaafar serta warga Sekolah Kebangsaan Jawi seluruhnya dalam meningkatkan prestasi sekolah ke arah yang lebih cemerlang.








Di bawah adalah huraian dan  signifikan Tawaran Baru Guru Besar  atau Bai' ah:

Tawaran Baru Untuk Pengetua dan Guru Besar : Menjana peningkatan signifikan pencapaian guru besar dan pengetua melalui pengurusan pencapaian

  • � Aplikabiliti: Tawaran baru ini akan diaplikasi kepada Pengetua dan Guru Besar di semua sekolah rendah dan menengah kerajaan termasuk Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, Sekolah Pendidikan Khas, Sekolah Model Khas, Sekolah Kluster, Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Berasrama Penuh, dan Sekolah Teknik dan Vokasional.
  • � Pengukuran Pencapaian: Pengukuran pencapaian sekolah berdasarkan skor komposit yang terdiri daripada 70% Gred Purata Sekolah (GPS) dan 30% skor Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM). Gred Purata Sekolah berasaskan pencapaian sekolah dalam peperiksaan awam � UPSR, PMR, SPM dan STPM. Manakala SKPM merupakan instrumen penarafan kendiri sekolah yang mengukur empat dimensi iaitu visi dan misi, pengurusan organisasi, pengurusan program pendidikan dan pencapaian murid.
  • � Ketelusan dalam pencapaian sekolah: Pencapaian kesemua 9,900 sekolah akan disenarai mengikut kedudukan dan diumumkan melalui akhbar pada setiap tahun mulai tahun 2010. (Gambarajah 8.11). Hebahan penyenaraian kedudukan sekolah ini, diharapkan dapat meningkatkan kerjasama masyarakat dan kami dalam usaha meningkat kecemerlangan sekolah . Ketelusan dalam pengukuran pencapaian juga akan mendorong pihak sekolah untuk terus berusaha meningkatkan tahap pencapaian.
  • � Kelayakan menerima ganjaran: Berdasarkan pencapaian sekolah pada dua tahun sebelumnya, dianggarkan hampir 2% Pengetua dan Guru Besar layak menerima ganjaran berdasarkan penilaian berasaskan pencapaian. Walau bagaiamanapun, pemberian ganjaran tertakluk kepada kriteria berikut:
    • �� Skor komposit atau lonjakan dalam penyenaraian kedudukan yang melepasi sasaran. Ini memberi peluang yang saksama kepada Pengetua dan Guru Besar, tanpa mengira tahap pencapaian semasa.
    • �� Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) melebihi 90%.
    • �� Laporan Audit Kewangan tanpa teguran
    • �� Bebas daripada tindakan disiplin
    • �� Mencapai sasaran literasi dan numerasi (bagi sekolah rendah)
  • � Ganjaran bagi Pengetua dan Guru Besar: Ganjaran berbentuk kewangan dan bukan kewangan akan diberikan kepada Pengetua dan Guru Besar yang melepasi sasaran. Ganjaran kewangan yang disediakan sebanyak RM 7,500 kepada Pengetua dan Guru Besar yang layak bagi satu-satu penilaian. Ganjaran bukan kewangan disediakan adalah seperti kenaikan pangkat, pemberian sijil penghargaan serta mengikuti program sandaran dalam atau luar negara.
  • � Ganjaran bagi Guru: Bagi Pengetua dan Guru Besar yang layak menerima ganjaran, guru-guru di sekolah tersebut juga layak menerima ganjaran berbentuk kewangan. Sebanyak 5% guru cemerlang akan menerima RM 1,800 dan 90% guru menerima RM 900, manakala baki 5% guru tidak layak menerima apaapa ganjaran berdasarkan prestasi masing-masing. Penetapan guru yang layak menerima ganjaran akan dibuat oleh Pengetua dan Guru Besar.
  • � Program Pembangunan Prestasi: Berdasarkan skor komposit sedia ada, dianggarkan 10% daripada Pengetua dan Guru Besar tidak mencapai sasaran yang ditetapkan. Kumpulan Pengetua dan Guru Besar tersebut akan mengikuti program latihan bagi meningkatkan pencapaian secara keseluruhan. Pada tahun pertama, Pengetua dan Guru Besar ini akan mengikuti Program Pembangunan Prestasi di Institut Aminuddin Baki, yang mana kursus khusus akan digubal bagi meningkatkan pencapaian sekolah. Sekiranya situasi berterusan pada tahun berikutnya, Pengetua dan Guru Besar akan mengikuti program Coaching and Mentoring serta bimbingan berterusan oleh pegawai yang berkelayakan. Walau bagaimanapun, sekiranya kesemua tindakan ini masih kurang mampu meningkatkan pencapaian sekolah, maka Pengetua dan Guru Besar akan dipindahkan atau dicadangkan untuk bersara pilihan.

1 comments:

~aRniNaDrah~ berkata...

Tahniah kepada seluruh warga SK Jawi

Catat Ulasan

:: ULANGTAHUN KELAHIRAN GURU & STAF SOKONGAN


:: CATATAN POPULAR





ORANG SEDANG MELAYARI BLOG INI

Penafian: Sekolah Kebangsaan Jawi adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.
Dikuasakan oleh Blogger.

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates