[close]

Ahad, 16 Mac 2014

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-19

Mesyuarat Agung PIBG SK Jawi kali ke-19 telah berjalan dengan lancar pada 15 Mac 2014 bertempat di Dewan Ar-Razi bermula pukul 9.00 pagi. Perasmian telah disempurnakan oleh En. Mohd Rizal b. Ismail, Ketua Unit Akademik PPD Selatan. Kehadiran ahli persatuan di kalangan ibubapa dan waris begitu juga dengan guru pada mesyuarat kali ini amat memuaskan berbanding tahun sebelumnya.

Tentatif majlis dimulakan dengan bacaan Al-Quran oleh adik Luqman Hakim, ucapan En. Mohd Hafizi b. Abd Majid, YDP PIBG sesi 2013/14 diikuti ucapan Pn. Zubaidah bt. Jaafar, Guru Besar SK Jawi serta ucapan perasmian oleh En. Mohd Rizal b. Ismail, Ketua Unit Akademik PPD Selatan. Sebelum mesyuarat dimulakan Pn. Rohani bt. Osman telah mengendali slot ringkas tentang FROG VLE.

Pada tahun ini, pihak AJK PIBG telah menyediakan lebih 30 hadiah dan hamper kepada ahli persatuan yang bertuah hadir dalam mesyuarat agung kali ini. Acara cabutan bertuah dijalankan pada akhir mesyuarat.

Kepada semua AJK yang baru dilantik pada sesi baru ini diucapkan tahniah dan dapat menjalankan tugas dengan sebaik mungkin. Tidak ketinggalan para ibubapa, waris dan guru lain yang hadir diucapkan jutaan terima kasih di atas kehadiran anda semua. Kerjasama yang ditunjukkan telah mencerminkan keprihatinan anda untuk kebaikan dan kebajikan anak-anak SK Jawi khususnya.


0 comments:

Catat Ulasan

:: ULANGTAHUN KELAHIRAN GURU & STAF SOKONGAN


:: CATATAN POPULAR



ORANG SEDANG MELAYARI BLOG INI

Penafian: Sekolah Kebangsaan Jawi adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.
Dikuasakan oleh Blogger.

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates