[close]

Ahad, 23 Februari 2014

KARNIVAL BOLASEPAK 9 SEBELAH 1M1S 12TKB 2014

Sekali lagi pasukan bolasepak SK Jawi mengharumkan nama sekolah apabila mendapat tempat ke-3 dalam Karnival Bolasepak 9 sebelah 1M1S 12TKB yang dianjurkan oleh KRT, SK Tasek Permai dan PPD Selatan pada 22 Februari lalu. Sebanyak 17 buah sekolah rendah di daerah SPS yang menyertai  pertandingan tersebut yang diadakan secara karnival.

Saingan awal di peringkat kumpulan, pasukan sekolah telah menumpaskan SK Taman Merak (3-1) dan SK Saujana Indah (3-0) serta seri 1-1 kepada pasukan SK Sg Duri. Walaupun begitu, secara keseluruhan pasukan sekolah berjaya menjadi juara kumpulan A.

Saingan suku akhir, pasukan sekolah sekali lagi menang 3-1 kepada SK Nibong Tebal untuk layak ke peringkat separuh akhir. Laluan terakhir sekolah adalah kekalahan kepada pasukan SK Tasek Permai yang menang 3-0.

 
 
 

0 comments:

Catat Ulasan

:: ULANGTAHUN KELAHIRAN GURU & STAF SOKONGAN


:: CATATAN POPULAR





ORANG SEDANG MELAYARI BLOG INI

Penafian: Sekolah Kebangsaan Jawi adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.
Dikuasakan oleh Blogger.

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates