[close]

Isnin, 6 Januari 2014

LDP-FROG VLE, 2014

LDP untuk pemurnian laman pembelajaran FROG VLE di SK.Jawi telah diadakan di makmal komputer pada 4 Januari yang lalu. LDP telah dikelolakan oleh Cikgu Rohani bt. Osman selaku penyelaras bestari sekolah bermula pukul 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Dalam pengisian LDP tersebut, guru-guru diberikan alamat emel guru SK.Jawi bertujuan untuk mencuba menghantar emel antara satu sama lain. Turut disampaikan dalam LDP itu ialah penggunaan setting untuk merekabentuk laman pembelajaran masing-masing.

Di dalam ucapan Pn. Zubaidah bt. Jaafar, Guru Besar SK.Jawi, beliau menyeru kepada semua guru untuk menggunakan kemudahan tersebut selepas ini sebagai rutin harian guru-guru bagi persediaan pendidikan ke arah pembelajaran dalam persekitaran pembelajaran maya.

Lebih banyak gambar lagi dapat dilihat di laman sosial sekolah. Klik pautan di bawah:
LDP FROG VLE, 2014

0 comments:

Catat Ulasan

:: ULANGTAHUN KELAHIRAN GURU & STAF SOKONGAN


:: CATATAN POPULAR





ORANG SEDANG MELAYARI BLOG INI

Penafian: Sekolah Kebangsaan Jawi adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.
Dikuasakan oleh Blogger.

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates