[close]

Isnin, 6 Januari 2014

HARI PERTAMA MURID TAHUN 1 BAGI SESI 2014

Hari pertama persekolahan adalah pengalaman yang paling istimewa bagi murid-murid tahun 1 kerana kerana mereka telah berjaya melangkah ke alam persekolahan yang sebenar. Ada di antara mereka yang sangat teruja untuk pergi ke sekolah kerana akan berjumpa dengan rakan-rakan dan guru-guru baru malah ada juga yang masih tidak berasa selesa dengan tempat persekolahan yang baru. Keletah ini dapat dilihat semasa pihak sekolah mengadakan perhimpunan ringkas di dewan sebelum masuk ke kelas untuk sesi PdP.

Walau bagaimanapun, sesi PdP telah berjalan lancar pada hari tersebut kerana murid-murid tahun 1 ini telah mengikuti program orientasi sebelum ini. Sepanjang 2 minggu yang pertama persekolahan, murid-murid tahun 1 akan mengikuti program transisi iaitu satu program yang telah dirangka dengan tujuan membantu kanak-kanak menghadapi perubahan diri dalam keadaan transisi dari pendidikan tidak formal sama ada di rumah ataupun di pra sekolah ke pendidikan secara formal di tahun 1. Adalah diharapkan kanak-kanak yang datang dari pelbagai latar belakang sosio-ekonomi, persekitaran dan pengetahuan akan dapat menyesuaikan diri dan bersedia meneruskan pembelajaran di sekolah.

Lebih banyak gambar lagi dapat dilihat di laman sosial sekolah. Klik pautan di bawah:
HARI PERTAMA MURID TAHUN 1, 2014 

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

sekolah kebangsaan jawi boleh dan tetap cemerlang
saya ahlam yasarah bt muhd nadzri dari sekolah kebangsaan jawi
saya suka sekolah kebangsaan jawi dan guru guru yang telah mengajar saya sampai pandai
selamat hari guru
dan terima kasih cikgu
yang telah mengajar saya

Catat Ulasan

:: ULANGTAHUN KELAHIRAN GURU & STAF SOKONGAN


:: CATATAN POPULAR





ORANG SEDANG MELAYARI BLOG INI

Penafian: Sekolah Kebangsaan Jawi adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.
Dikuasakan oleh Blogger.

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates