[close]

Selasa, 1 Oktober 2013

PERTANDINGAN BOLASEPAK MSSPP 11TKB 2013

Tahniah diucapkan kepada pasukan bolasepak sekolah bawah 11 tahun kerana telah menjuarai Pertandingan Bolasepak MSSPP 11TKB 2013 yang berlangsung secara karnival di Sekolah Kebangsaan Seri Tasek pada 28 September yang lalu.

Pada peringkat kumpulan, pasukan sekolah bersaing hebat dengan SK. Sg Kechil dan SK. Seri Sentosa sebelum menjadi johan kumpulan. Selepas itu pasukan sekolah melangkah ke peringkat suku akhir bertemu dengan SK. Taman Merak dan menang melalui tendangan penalti 4-2. Pada peringkat separuh akhir pula, pasukan sekolah telah bertemu dengan sekolah tuan rumah SK. Sri Tasek dan kita memenangi perlawanan tersebut dengan 1-0.

Perlawanan akhir adalah di antara pasukan sekolah dengan SK. Tasek Permai. Perlawanan yang penuh dramatik apabila kedua-dua pasukan seri 1-1 sehingga wisel penamat dan tambahan masa. Namun begitu, pasukan sekolah menang melalui tendangan penalti 4-0 sekaligus menobatkan pasukan sekolah sebagai juara pada tahun ini!

1 comments:

Unknown berkata...

nice goal kepper

Catat Ulasan

:: ULANGTAHUN KELAHIRAN GURU & STAF SOKONGAN


:: CATATAN POPULAR





ORANG SEDANG MELAYARI BLOG INI

Penafian: Sekolah Kebangsaan Jawi adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.
Dikuasakan oleh Blogger.

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates