[close]

Ahad, 6 Oktober 2013

KARATE-DO OKINAWA GOJU-RYU PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG

Pertandingan tae kwan do peringkat negeri berlangsung pada 22 September 2013 bertempat di Dewan besar Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Kampung Jawi sungai Bakap Seberang Perai Selatan. Peserta pertandingan teridiri daripada Sungai Petani, Selangor, Seremban, Teluk Intan, Ipoh dan Pulau Pinang sendiri. Pulau Pinang menjadi Johan Overall Championship. Peserta dari Pulau Pinang ssemuanya adalah anak didik dari Master Arumugam.  Mereka ini berumur di antara 4 hingga 33 tahun. . Pulau Pinang meraih sebanyak 16 pingat emas, 15 pinangat perak dan 23 pingat gangsa. Tahniah diucapakan kepada peserta pertandingan yang berjaya. Murid SK Jawi turut mendapat pingat iaitu adik Irfan Tahun 6 Bestari.

Dalam pada itu Master Arumugam telah menghadiahkan sebuah meja pejabat sebagai tanda terima kasih kerana membenarkan beliau melatih anak didiknya di dewan SK Jawi. Untuk yang berminat untuk menjadi ahli Karate-Do boleh lah menghubungi Master Arumugam  di nombor 012-5043708
















0 comments:

Catat Ulasan

:: ULANGTAHUN KELAHIRAN GURU & STAF SOKONGAN


:: CATATAN POPULAR





ORANG SEDANG MELAYARI BLOG INI

Penafian: Sekolah Kebangsaan Jawi adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.
Dikuasakan oleh Blogger.

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates