[close]

Sabtu, 24 Ogos 2013

LARIAN MESRA 10 000 LANGKAH

Hari ini dilancarkan Larian Mesra 10 000 Langkah peringkat sekolah. Semua murid dari prasekolah, Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3, Tahun 4, Tahun 5 menyertai larian ini.

Objektif :

a. Meningkatkan kesedaran dan meningkatkan aktiviti fizikal untuk mendapat kebaikan dari segi
kesihatan dan menurunkan risiko yang dikaitkan dengan mereka yang tidak aktif secara fizikal.
b. Memberi kesedaran kepada masyarakat supaya menjadikan senaman berjalan kaki sebagai
salah satu rutin harian mereka.
c. Untuk membantu menurunkan kadar obesiti dan berlebihan berat badan di Negeri Johor
melalui senaman berjalan kaki.
d. Menurunkan morbiditi dan mortaliti yang dikaitkan dengan kurang melakukan aktiviti fizikal
atau bersenam.

KEBAIKAN BERJALAN 10 RIBU LANGKAH :

1. Mengamalkan gaya hidup yang aktif seperti jadual di bawah :
Perbandingan langkah sehari dengan amalan gaya hidup sihat
Langkah Sehari - Amalan Gaya Hidup Sihat

Kurang 5 000 - Sedentari
5 000 - 7 499 - Kurang Aktif
7 500 - 9 999 - Sederhana Aktif
10 000 - 11 999 - Aktif
12 000 ke atas - Sangat Aktif

2. Cara senaman semulajadi yang mudah, murah, senang dan selamat.
3. Berjalan dengan langkah 10 000 sama seperti :
~ Berenang selama 90 minit
~ Berbasikal selama 70 minit
~ Berjalan 10 blok
~ Bermain bola sepak selama 90 minit
4. Membantu mengawal dan mencegah osteoporosis.
5. Mengurangkan risiko penyakit kronik.
6. Mengurangkan risiko kanser kolon, payudara dan prostat.
7. Mengurangkan masalah perut buncit.
8. Menurunkan paras kolesterol dalam darah.
9. Sesuai untuk semua golongan umur dan individu.
10. Boleh dilakukan di mana-mana tempat dan pada bila-bila masa.





































1 comments:

AIDA berkata...

BAST NYA TAK DAPAT IKUT KAN DAJAH 6 TAK BOLEH BERMAIN LA KAN ADA 8HARI LAGI NAK UJIAN

Catat Ulasan

:: ULANGTAHUN KELAHIRAN GURU & STAF SOKONGAN


:: CATATAN POPULAR





ORANG SEDANG MELAYARI BLOG INI

Penafian: Sekolah Kebangsaan Jawi adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.
Dikuasakan oleh Blogger.

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates