[close]

Selasa, 23 Julai 2013

PERTANDINGAN BOLA SEPAK 9 SEBELAH

Pada hari Khamis 4 Julai 2013 Kelab Bola Sepak Sekolah Kebangsaan Jawi telah mengadakan Program Pembangunan Sukan 2013 bagi sukan bola sepak. Program ini bermula pada pukul 3.00 petang dan berakhir pada pukul 6.00 petang.
            Program ini melibatkan murid lelaki tahun 4 dan tahun 5 sebagai persiapan untuk mewakili sekolah dalam pertandingan bola sepak bawah 11 tahun. Program ini berjalan lancar seperti yang dirancang.Murid-murid datang tepat pada masa yang ditetapkan.
            Bagi program pembangunan sukan ini, acara yang diadakan adalah pertandingan bola sepak 9 sebelah di antara kelas bagi murid tahun 4 dan 5. Pertandingan ini telah dimenangi oleh kelas 5 Pintar yang menewaskan kelas 5 Bestari pada perlawanan akhir dengan keputusan 2-1. Kelas 4 Bestari telah mendapat tempat ketiga manakala tempat keempat disandang oleh kelas 5 Gemilang

            Secara keseluruhannya, program ini dilihat berjaya mencungkil bakat-bakat baru yang boleh diketengahkan untuk mewakili pasukan bola sepak sekolah pada pertandingan bola sepak bawah 11 tahun yang akan diadakan tidak lama lagi.




































0 comments:

Catat Ulasan

:: ULANGTAHUN KELAHIRAN GURU & STAF SOKONGAN


:: CATATAN POPULAR





ORANG SEDANG MELAYARI BLOG INI

Penafian: Sekolah Kebangsaan Jawi adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.
Dikuasakan oleh Blogger.

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates