[close]

Isnin, 15 Julai 2013

PELANCARAN PROGRAM MENTOR MENTEE

Mentor beerti penasihat yang setia dan jujur.  Mentor ialah orang yang sentiasa memberi tunjuk ajar atau nasihat yang berguna kepada seorang yang menjadi mentee. Ini bukanlah satu perkara baru bagi sekolah kerana umumnya semua guru sekolah telah melaksanakan peranan sebagai mentor dan semua murid adalah mentee, cuma pendekatan mungkin sedikit berbeza disebabkan batasan masa seorang guru untuk memberi perhatian kepda murid dalam jumlah yang ramai.

Program ini adalah sebahagian daripada Program Guru Penyayang yang disarankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Guru Penyayang adalah seorang yang memiliki sifat keperibadian terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya (every child matters ) dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar.

Mereka maklum bahawa setiap murid merupakan aset penting yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa. Pembentukan cara berfikir, penyelesaian masalah dan kejiwaan mentee diberi tunjuk ajar agar tidak tersasar.

Pelaksanaan program ini diharapkan hendaklah berterusan  serta menjadi budaya oleh guru dan juga warga sekolah.

Diharapkan juga dengan adanya program mentor mentee ini prestasi sekolah akan meningkat dan kurangnya bilangan murid yang berprestasi lemah dan tiada lagi pelajar yang kurang bermotivasi dan minat untuk belajar.



















0 comments:

Catat Ulasan

:: ULANGTAHUN KELAHIRAN GURU & STAF SOKONGAN


:: CATATAN POPULAR





ORANG SEDANG MELAYARI BLOG INI

Penafian: Sekolah Kebangsaan Jawi adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.
Dikuasakan oleh Blogger.

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates