[close]

Selasa, 23 Julai 2013

MAJLIS BERBUKA PUASA 2013

Pada 12 Julai 2013, Sekolah Kebangsaan Jawi telah menjalankan majlis berbuka puasa bagi bulan Ramadhan. Secara keseluruhannya program ini berjalan dengan lancar dan tamat dengan jayanya. Murid-murid cukup bersemangat dalam menyertai majlis ini, antara aktiviti yang dijalankan dalam majlis ini ialah mereka bersama-sama membaca Yasin dan Tahlil yang telah dikelolakan oleh Ustaz Che Khairudin, diikuti dengan berbuka puasa, solat maghrib, solat isyak dan diakhiri dengan solat sunat terawikh sebanyak 8 rakaat yang telah diimami oleh Ustaz Hashmam Bin Abda Rahim yang merupakan Guru Penolong Kanan Kokurikulum di sekolah ini. Program ini telah mendapat kerjasama dari pihak sekolah iaitu Persatuan Agama Islam, Guru-guru Sekolah Kebangsaan Jawi dan juga pihak Ibu Bapa yang hadir dan memeriahkan majlis ini.

Mantan Guru Besar SK Jawi iaitu Tuan Ibrahim Bin Zainal turut serta bersama dengan anak-anaknya.Tidak lupa juga Cikgu Ayob Bin Ahmad yang merupakan bekas guru SK Jawi yang baru sahaja bersara pada hari itu turut hadir dalam memeriahkan majlis ini.  Semua guru SK Jawi juga turut membantu bersama dengan pihak kantin dalam penyediaan makanan. Hadir sejak jam 4.00 petang lagi untuk menyediakan makanan seperti, kuih buah Melaka, memanggang ikan, membuat ayam masak kunyit, sayur masak air, membuat bubur lambuk dan sebagainya. Ibu bapa juga tidak ketinggalan memberi sumbangan atau derma ikhlas untuk menjayakan program ini. Secara keseluruhannya program majlis berbuka puasa untuk tahun ini adalah berjaya dan menepati tentatif yang telah disediakan.

Diharapkan pada tahun yang akan datang program ini dapat dijalankan dengan lebih meriah lagi dan juga merapatkan tali silaturrahmi di antara warga sekolah serta pihak ibu bapa, Secara automatiknya, In Shaa Allah mendapat barakah dalam Bulan Ramadhan yang mulia ini.


 Para guru SK Jawi membantu dalam menyediakan juadah berbuka puasa


 Murid-murid sedang mendaftarkan diri untuk menyertai majlis berbuka puasa


 Mantan Guru Besar SK Jawi, Tuan Ibrahim Bin Zainal turut serta dalam memeriahkan majlis berbuka puasa


Ibu bapa juga turut serta dalam program ini.

0 comments:

Catat Ulasan

:: ULANGTAHUN KELAHIRAN GURU & STAF SOKONGAN


:: CATATAN POPULAR





ORANG SEDANG MELAYARI BLOG INI

Penafian: Sekolah Kebangsaan Jawi adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.
Dikuasakan oleh Blogger.

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates