[close]

Jumaat, 17 Mei 2013

SAMBUTAN HARI GURU 2013

Hari ini 17 Mei 2013 diadakan Sambutan Hari Guru peringkat sekolah di Sekolah Kebangsaan Jawi. Tentatif program dimulakan dengan paluan kompang yang mengiring semua guru SK Jawi masuk ke dewan beramai-ramai. Setelah itu bacaan doa dibacakan oleh Ustaz Che Khairuddin bin Che Hasan. Sejurus itu juga satu ucapan terima kasih guru dibacakan oleh ketua murid iaitu adik Anis Syahirah Binti Md Kamal. Selepas itu disaksikan satu persembahan sajak hebat yang dibacakan oleh 3 serangkai dari murid kelas 6 Gemilang iaitu adik Anis Syahirah,  Nurin Fariha dan Wan Nor Fatihah. Semua acara disaksikan oleh semua murid yang berkumpul di dewan Ar-Razi Sekolah Kebangsaan Jawi. Semua guru menyanyikan lagu Kami Guru Malaysia. Engkau Ibarat Lilin dan Lagu tema Hari Guru 2013 iaitu 1 Aspirasi 1 Agenda.

Setelah rehat Tahap 1 dan Tahap 2, berlangsung pulak acara Sukaneka oleh guru-guru Sk Jawi. Program diakhiri dengan hadiah diberi kepada semua guru Sekolah Kebangsaan Jawi.












0 comments:

Catat Ulasan

:: ULANGTAHUN KELAHIRAN GURU & STAF SOKONGAN


:: CATATAN POPULAR





ORANG SEDANG MELAYARI BLOG INI

Penafian: Sekolah Kebangsaan Jawi adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.
Dikuasakan oleh Blogger.

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates