[close]

Jumaat, 3 Mei 2013

KEJOHANAN SOFBOL MSSPP 12TKB NEGERI P.PINANG






Kejohanan Sofbol MSSPP 12TKB Peringkat Negeri telah berlangsung pada 29, 30 April dan 2 Mei 2013 yang lepas di padang Sekolah Kebangsaan Seri Tasek. Kejohanan terbahagi kepada kategori lelaki dan perempuan.

SKJ telah menghantar pasukan yang julung kalinya menyertai kejohanan ini dan berjaya menjadi naib johan kumpulan A setelah bersaing rapat dengan Sekolah Kebangsaan Bagan Ajam, Sekolah Kebangsaan Permatang Pasir dan Sekolah Kebangsaan Pasir Gebu. SKJ berjaya melangkah ke peringkat suku akhir namun gagal melayakkan diri ke peringkat seterusnya apabila tunduk 20-6 kepada sekolah tuan rumah iaitu Sekolah Kebangsaan Seri Tasek.

Walau bagaimanapun, pihak sekolah ingin merakamkan sekalung tahniah kepada pasukan sekolah dan guru pembimbing kerana mencapai kejayaan sehingga ke tahap yang boleh dibanggakan. Cuba lagi di masa hadapan dengan kejayaan yang lebih cemerlang! SKJ Boleh!

0 comments:

Catat Ulasan

:: ULANGTAHUN KELAHIRAN GURU & STAF SOKONGAN


:: CATATAN POPULAR





ORANG SEDANG MELAYARI BLOG INI

Penafian: Sekolah Kebangsaan Jawi adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.
Dikuasakan oleh Blogger.

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates