[close]

Rabu, 3 April 2013

UJIAN PERMATA PINTAR UKM 1. KEMPEN 1 HARI 1 SEKOLAH 1 PELAJAR.











Makluman Kepada Pelajar SK JAWI
Pelajar-pelajar yang berminat digalakkan untuk menyertai Ujian saringan PERMATA pintar UKM1 tahun 2013 bermula pada 1 Februari 2013 hingga 30 Mei 2013.
Ujian PERMATA pintar UKM1 ini adalah dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris sesuai digunakan untuk menyaring darjah kecerdasan (IQ) pelajar dari umur 8 hingga 15 tahun. Untuk menggunakan ujian saringan ini, pelajar hanya perlu tahu perkara-perkara asas penggunaan komputer seperti menggunakan tetikus dan papan kekunci. Sekiranya pelajar berhenti atau talian terputus, maka pelajar boleh menyambung semula ujian di waktu yang lain sehingga tamat.
Perlu diingatkan bahawa pelajar tidak dibenarkan mendapatkan bantuan dari orang lain semasa menjawab soalan dalam ujian saringan ini. Pelajar hanya dibenarkan mengambil ujian saringan ini sekali sahaja. Pelajar perlu memasukkan maklumat peribadi, sekolah dan ibu bapa atau penjaga sebelum memulakan ujian saringan ini.
Ujian saringan UKM1 ini boleh dilaksanakan samada di sekolah, rumah dan di mana sahaja asalkan laman web berkenaan boleh dicapai . Ibubapa, penjaga atau guru dibenarkan membantu pelajar untuk memasukkan maklumat pelajar, sekolah dan ibu bapa atau penjaga sahaja.
Ujian ini adalah secara percuma dengan mengakses laman web   http://ukm1.permatapintar.edu.my/

Syarat-syarat dan peraturan.
• Pelajar mestilah berumur umur 8 hingga 15 tahun.
• Semasa mengisi maklumat pelajar, sekolah dan ibu bapa / penjaga, jika didapati maklumat palsu, walaupun pelajar melepasi skor kelayakan, maka   pelajar tidak layak menduduki ujian UKM2 atau USIM-1.
• Sekiranya orang lain yang menjawab soalan bagi pihak pelajar atau pelajar meniru, maka pelajar akan terperangkap semasa ujian saringan kedua UKM2 yang dilakukan dengan pengawasan.
• Sila JUJUR dan BERTANGGUNGJAWAB pada diri sendiri semasa mengisi maklumat dan menjawab soalan.
Sehubungan itu, dipersilakan semua pelajar yang layak agar dapat memanfaatkan peluang ini bagi menduduki ujian tersebut. Sebarang pertanyaan dan bantuan boleh berhubung dengan Penyelaras Bestari Pn. Rohani Binti Hj Osman dan juruteknik Komputer Pn Siti Musleha Binti Musa.
Harap Maklum.
Sekian terima kasih.

0 comments:

Catat Ulasan

:: ULANGTAHUN KELAHIRAN GURU & STAF SOKONGAN


:: CATATAN POPULAR





ORANG SEDANG MELAYARI BLOG INI

Penafian: Sekolah Kebangsaan Jawi adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.
Dikuasakan oleh Blogger.

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates