[close]

Isnin, 22 April 2013

PELANCARAN HARI BUKU SEDUNIA DAN NILAM

Pada 23 April telah diisytiharkn sebagai Sambutan Hari Buku Sedunia. Pada ari ini semua negara di seluruh dunia merayakan hari tersebut. Justeruitu pusat sumber sekolah inimengambilkesempatan pada hari tersebut untuk mengadakan sambutan Hari Buku Sedunia peringkat sekolah. Ia bertujuan untuk memupuk dan menyemai budaya membaca di kalangan seluruh warga sekolah.

Antara matlamat projek;

1. Melahirkan pelajar yang mempunyai minat yang tinggi terhadap bahan-bahan bacaan
2.Melahirkan seorang pelajar yang tahu menghargai kemudahan yang disediakan untuk pelajar-pelajar
3. Melahirkan pelajar yang tahu menghargai dan menggunakan masa dengan berfaedah
4. Melahirkan pelajar yang tahu mengisi masa senggang dengan aktiviti yang berfaedah

Objektif:

1. Memupuk minat membaca di kalangan pelajar SK Jawi
2. Memupuk sikap tahu menghargai dan menilai bahan-bahan yang bermutu
3. Menghidupkan PSS sebagai pusat kecemerlangan ilmu pengetahuan

Aktiviti dan hadiah yang ditawarkan:

1. Setiap bacaan 50 buah buku yang dicatat ke dalam buku rekod nilam layak mendapat satu kupon cabutan bertuah. Tarikhmula pada Januari 2013 hingga Mei 2013. Pada akhir bulan Mei akan dibuat cabutan bertuah yang pertama. Sementara itu bermula Jun 2013 hingga Oktober2013 akan dibuat pula cabutan bertuah Nilam yang kedua.

2. Setiap bacaan 5 buah yang dicatat ke dalam buku rekod nilam layak mendapat kupon peraduan meneka muka surat buku

3. Setiap pinjaman 2 buah buku di perpustakaan peminjamlayak mendapat satu kupon peraduan meneka nama pengarang buku

4. Setiap pelajar yang membeli buku nilam layak mendapat kupon untuk peraduan sinopsis buku

5. Setiap pelajar yang berjaya meminjam 30 buah buku ke atas dari 23 April hingga 23 Mei akan diberi sijiil penghargaan Bacathon,9 Untuk 10 orang terawal sahaja )

6. Hadiah peminjam bertuah

7. Hadiah pengunjung bertuah

8. Hadiah peminkam terbanyak - kategori pengawas PSS dan Murid

9. Promosi nilam akan disiarkan melalui saluran TV sekolah di kantin sekolah.









1 comments:

Tanpa Nama berkata...

murid-murid skjawi yang cumel-cumel!

Catat Ulasan

:: ULANGTAHUN KELAHIRAN GURU & STAF SOKONGAN


:: CATATAN POPULAR



ORANG SEDANG MELAYARI BLOG INI

Penafian: Sekolah Kebangsaan Jawi adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.
Dikuasakan oleh Blogger.

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates