[close]

Sabtu, 16 Februari 2013

KLINIK BOLASEPAK 2013

Pada 16 Februari lepas, sekolah telah mengadakan Klinik Bolasepak 2013 bertempat di sekolah bagi memberi pendedahan yang lebih mendalam tentang bolasepak kepada murid sekolah. Pada peringkat permulaan, klinik hanya tertumpu kepada pasukan sekolah dan beberapa orang pemain yang pernah mengikuti pemilihan pasukan bolasepak sekolah baru-baru ini.

Peserta telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti teori dan praktikal yang dimasukkan ke dalam slot-slot klinik tersebut. Sesi praktikal dibuat di padang sekolah manakala sesi teori dijalankan di dalam bilik mesyuarat. Klinik telah mengundang seorang penceramah dari luar iaitu En. Azhar iaitu salah seorang pensyarah dari IPG Kampus Persekutuan Pulau Pinang bagi mengisi 2 slot klinik pada sebelah petang. Beliau yang juga seorang jurulatih bolasepak IPG tersebut turut memiliki sijil pengadil bolasepak kelas 1.



 


Klinik Bolasepak 2013 berjalan lancar dan akan diteruskan lagi di masa hadapan untuk murid-murid sekolah. Program seumpama ini dapat memberi banyak input kepada mereka kerana untuk menjadi seorang pemain bolasepak yang terbaik bukan sahaja kekuatan dan stamina yang diperlukan malah ilmu pengetahuan tentang teori-teori taktikal dan ketinggian disiplin adalah sangat penting.

0 comments:

Catat Ulasan

:: ULANGTAHUN KELAHIRAN GURU & STAF SOKONGAN


:: CATATAN POPULAR





ORANG SEDANG MELAYARI BLOG INI

Penafian: Sekolah Kebangsaan Jawi adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.
Dikuasakan oleh Blogger.

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates