[close]

Ahad, 27 Januari 2013

LAWATAN SEKOLAH THAILAND @ SKJAWI 1/2013


Buat kali pertama bagi tahun 2013, sekali lagi SK Jawi didatangi oleh pelawat dari Thailand yang terdiri daripada sekumpulan pelajar dan beberapa orang guru pada 25 Januari yang lalu. Kedatangan pelawat dari negara sana sejak beberapa tahun lepas telah banyak mengeratkan perhubungan antara kedua negara melalui perbincangan dan pertukaran idea khususnya dalam pendidikan. 

Dalam ucapan ringkas ketua rombongan tersebut beliau telah menyatakan bahawa banyak perbandingan sistem pendidikan yang boleh dilihat di antara kedua-dua negara. Mereka kagum dengan kemudahan pendidikan yang diperolehi oleh rakyat di Malaysia. Beliau juga mengharapkan agar perhubungan dalam bidang pendidikan kedua-dua negara berjiran ini tidak terputus di masa akan datang dan diteruskan sampai bila-bila.

Pihak sekolah turut didatangi oleh En. Mohd Rizal b. Ismail iaitu pegawai daripada Pejabat Pelajaran Daerah SPS untuk turut serta meraikan rombongan lawatan tersebut. Beliau juga berbesar hati telah menyampaikan cenderahati untuk pelawat-pelawat yang hadir.

Klik di sini untuk lihat gambar lagi di FB

0 comments:

Catat Ulasan

:: ULANGTAHUN KELAHIRAN GURU & STAF SOKONGAN


:: CATATAN POPULAR





ORANG SEDANG MELAYARI BLOG INI

Penafian: Sekolah Kebangsaan Jawi adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.
Dikuasakan oleh Blogger.

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates