[close]

Jumaat, 28 Disember 2012

HARI ORIENTASI TAHUN 1 DAN PRASEKOLAH 2013







Sekolah Kebangsaan Jawi telah mengadakan Hari Orientasi Tahun 1 dan Prasekolah sekaligus pada 27 Disember 2013. Semua waris Tahun 1 dan Prasekolah datang berpusu-pusu mendaftarkan anak masing untuk persekolahan tahun 2013. Antara agenda pada hari itu waris terlebih dahulu mengesahkan nama anak masing-masing di dalam senarai nama yang disediakan oleh pihak sekolah. Selepas itu semua murid Tahun 1 dan Prasekolah di kehendaki masuk ke kelas yang ditetapkan untuk melakukan ujian penapisan ke kelas 2013. Untuk Tahun 1 tahun 2013 ialah 1 Gemilang, 1 bestari, 1 Pintar dan 1 Amanah. Semasa murid menjalani ujian penapisan, para waris diberi taklimat tentang sesi persekolahan 2013 dan sedikit penerangan tentang Aritmetik dalam Mata pelajaran Matematik. Semua berjalan lancar seperti yang dirancang. Program di akhiri dengan bayaran yuran murid kepada guru kelas Tahun 1 2013.


0 comments:

Catat Ulasan

:: ULANGTAHUN KELAHIRAN GURU & STAF SOKONGAN


:: CATATAN POPULAR





ORANG SEDANG MELAYARI BLOG INI

Penafian: Sekolah Kebangsaan Jawi adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.
Dikuasakan oleh Blogger.

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates