[close]

Isnin, 19 November 2012

KEPUTUSAN UPSR 2012


Segala titik peluh perjuangan guru-guru tahun 6 mendidik anak murid tahun 6 berbaloi apabila 18 orang di antara mereka telah berjaya menggenggam 5A dalam keputusan UPSR 2012. Ucapan tahniah juga kepada semua murid yang lulus 4A, 3A, 2A, 1A kerana kejayaan yang lebih tinggi akan menunggu anda di masa hadapan. Kepada yang tidak berjaya jangan merasakan ianya adalah satu titik noktah untuk terus belajar kerana perjalanan dalam menuntut ilmu anda masih panjang. Kejayaan ini bukan sahaja dirasai oleh murid dan guru SK Jawi namun turut dikongsi bersama ibubapa murid yang hadir menanti saat-saat yang bersejarah ini.

Sebelum pengumuman dibuat, pihak sekolah telah mengadakan satu acara ringkas iaitu bacaan Yaasin beramai-ramai untuk memberkati keputusan yang bakal diumumkan. Pihak sekolah memanjat kesyukuran dengan pencapaian UPSR tahun ini. Peratus kelulusan sedikit menurun berbanding keputusan tahun lepas dan sekolah berada di tempat ke-4 sekolah terbaik di daerah Seberang Perai Selatan. Tahniah diucapkan!

Klik untuk lihat gambar sekitar Keputusan UPSR 2012 di FB

3 comments:

Tanpa Nama berkata...

Tahniah

ex-students sk jawi berkata...

tahniah...to my junior...kalian memang the best

aida berkata...

nuha tina taniah kerana berjaya

Catat Ulasan

:: ULANGTAHUN KELAHIRAN GURU & STAF SOKONGAN


:: CATATAN POPULAR



ORANG SEDANG MELAYARI BLOG INI

Penafian: Sekolah Kebangsaan Jawi adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.
Dikuasakan oleh Blogger.

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates